Keluarga banduan terharu pengampunan Sultan Perak

Haron Shafie
Jun 19, 2015 09:17 MYT
Sultan Nazrin memberi pengampunan kepada 11 banduan yang menjalani hukuman di penjara Tapah kerana terlibat dalam perhimpunan haram. - Gambar Fail
Susulan pembebasan 11 banduan atas perkenan pengampunan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, keluarga 11 banduan melahirkan rasa terharu dan gembira dengan pembebasan itu.
Kesemua 11 banduan terbabit dibebaskan dan bebas dari penjara Tapah, sekitar 10 malam tadi.
Pembebasan disifatkan hadiah paling istimewa di bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang.
Sultan Nazrin memberi pengampunan kepada 11 banduan terbabit yang menjalani hukuman di penjara Tapah kerana terlibat dalam perhimpunan haram di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar pada 2009.
#banduan #pengampunan #Penjara Tapah #Perak #sultan nazrin
;