Kelonggaran SOP: Sidang akhbar Khairy petang ini

Sinar Harian
April 27, 2022 14:33 MYT
"Beberapa perkara saya akan umumkan petang ini," ciapnya di Twitter pada Rabu. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Di saat bahang kemeriahan sambutan Aidilfitri yang kian terasa, tumpuan rakyat terarah kepada sidang akhbar Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang dijadualkan berlangsung jam empat petang ini.
Ia berikutan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) pandemik COVID-19 akan diumumkan Khairy.
"Beberapa perkara saya akan umumkan petang ini," ciapnya di Twitter pada Rabu.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan mengumumkan tiga kelonggaran SOP berkaitan pemakaian pelitup muka, penggunaan imbasan MySejahtera serta ujian saringan Covid-19 di lapangan terbang.

Saya akan umumkan beberapa perkara pada petang ini jam 1600hrs. pic.twitter.com/gp4APVz71M

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) April 27, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Desas-desus mengenai kelonggaran SOP tersebut sejak penghujung bulan lalu selepas Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menegaskan sudah tiba masanya amalan mengimbas kod MySejahtera setiap kali memasuki premis dihentikan.
Selain itu, amalan pemakaian pelitup muka dijangka akan dijadikan sebagai pilihan dan tidak lagi diwajibkan.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
#Khairy Jamaluddin #kelonggaran sop #ujian saringan #pelitup muka #COVID-19
;