Kelonggaran aktiviti, perniagaan: Dr Noor Hisham beri peringatan

Astro Awani
Ogos 19, 2021 20:38 MYT
Dr Noor Hisham berkata kelonggaran aktiviti itu adalah untuk membantu ekonomi dan bukan kerana ia selamat. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi peringatan kepada orang ramai untuk sentiasa berwaspada susulan lebih banyak kelonggaran aktiviti diumumkan.
Menerusi perkongsian di media sosial beliau, Dr Noor Hisham berkata kelonggaran aktiviti itu adalah untuk membantu ekonomi dan bukan kerana ia selamat.
"Pastikan pakai pelitup muka, dua lapis jika perlu, amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa mencuci tangan.
"Elak kawasan sesak dan tempat yang sempit. Sentiasa berwaspada dan dapatkan vaksin (COVID-19) dengan segera," memetik status beliau.
BACA: Individu lengkap divaksin di negeri Fasa 1 PPN boleh 'dine-in' bermula esok - Muhyiddin
Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan beberapa kelonggaran aktiviti sosial dan perniagaan bagi individu lengkap divaksin di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Ia termasuk kebenaran 'dine-in'; sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan serta pasar malam dan pasar minggu.

A reminder to all, many places are opening because of economy & not because it is safe. Please keep that in mind; please wear a mask, double masks if possible, practice physical distancing & frequent hand washing. Avoid crowded & confined spaces. Stay safe & get vaccinated asap.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Dr Noor Hisham Abdullah #kelonggaran aktiviti sosial #Muhyiddin Yassin #Pelan Pemulihan Negara #Perdana Menteri #COVID-19 #PPN #media sosial #pelitup muka #vaksin #ekonomi
;