Kelindan maut tercampak dalam nahas dua lori kontena di Lebuhraya PLUS

Abd Razak Mohd Ali
April 22, 2021 07:39 MYT
Seorang kelindan maut selepas tercampak dari lori kontena dinaikinya dalam kemalangan dengan sebuah lori kontena lain di Kilometer 355.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara awal pagi ini. -JBPM
BIDOR: Seorang kelindan maut dalam kemalangan dua lori kontena di Kilometer 355.2 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini, awal pagi ini.
Mangsa dikenali sebagai Keria Saleh, 48, tercampak selepas lori kontena dinaikinya terlanggar belakang kenderaan di hadapan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 3.08 pagi.
“Kemalangan jalan raya itu melibatkan dua buah lori kontena kosong.
“Terdapat dua orang mangsa, seorang tercampak dari kenderaan manakala seorang lagi (pemandu) tidak tersepit dan hanya kecederaan patah kaki,” kata jurucakap JBPM Perak dalam satu kenyataan.
Kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis dan ambulans untuk tindakan lanjut.
#kelindan lori #nahas dua lori kontena #JBPM Perak #Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #PLUS #bomba #Nahas
;