Kelemahan Puspakom dan SPAD dikenalpasti

Astro Awani
Januari 28, 2014 07:42 MYT
Beberapa kelemahan dikesan membabitkan dua agensi kerajaan iaitu Puspakom dan SPAD dari segi kaedah pemeriksaan serta kelulusan.
Panel Laporan Nahas Genting mendapati berlaku kelemahan komunikasi dan koordinasi antara empat agensi utama iaitu Jabatan Kerja Raya, SPAD, Jabatan Pengangkutan Jalan, dan Polis Diraja Malaysia dalam beberapa hal, termasuk sistem senarai hitam dan permit kenderaan.
Laporan itu diserahkan kepada Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, pada Selasa.
#kelemahan #kelulusan #Laporan Nahas Genting #Puspakom #SPAD
;