Kelar dan tikam warga emas: Penganggur didakwa membunuh
Adie Sufian Zulkefli
Mac 10, 2021 14:38 MYT
Mac 10, 2021 14:38 MYT
ALOR SETAR: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas, pada Februari lalu.
Tertuduh Wan Mohd Munir Wan Yusoff, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret, Fatin Dalilah Khalid.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Chua Hock Soon @Chua Leok Eng, 70 tahun di Lebuhraya Sultan Abdul Halim sebelum mayat mangsa dibawa menaiki kereta Proton Saga dan dibuang di hadapan Sekolah Kebangsaan Suka Menanti, sekitar jam 4.30 petang 23 Februari lalu.
Mayat mangsa sebelum ini dilaporkan ditemui orang awam di hadapan sebuah sekolah dengan kesan kelar dan tikaman di tengkuk.
Mahkamah menetapkan 14 Jun depan untuk sebutan semula kes.
#Alor Setar
#bunuh warga emas
#Wan Mohd Munir Wan Yusoff
#tikam
#kelar Kanun Keseksaan
#pembunuhan kejam
#campak depan sekolah