Kelantangan Tok Nan dirindui

Eka Roslee
Januari 11, 2019 19:25 MYT
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang bumi kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta. - Foto Twitter/@aremnn
TANGGAL 11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.
Rata-rata rakyat Sarawak hari ini meluahkan rasa sayang dan kerinduan mereka dengan pemergian Tok Nan menerusi media sosial.
Walaupun sedih dengan pemergian Tok Nan, mereka masih lagi mengagumi lagenda pemimpin itu yang secara terus-terusan memperjuangkan hak Sarawak.
Jasa dan pengorbanan Tok Nan tidak ternilai dan dilupakan begitu sahaja. Malah Tok Nan merupakan pemimpin Sarawak yang lantang, berani kerana benar selain sentiasa mendahulukan kebajikan rakyat Sarawak.

Hari ini genap 2 tahun Almarhum Tok Nan meninggalkan kita. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Almarhum. Moga Almarhum ditempatkan di kalangan orang2 beriman & beramal soleh...Aamiin (27 Jan 1944 - 11 Jan 2017) pic.twitter.com/wnxKSTV0z8

— Misiah Taib (@MisiahTaib) January 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi mereka tiada siapa yang dapat menggantikkan Tok Nan di hati rakyat. Kesungguhan bermati-matian dan tekad seorang tokoh politik mempertahankan Sarawak tidak mungkin ada tolok bandingnya.

masih tiada pengganti,al fatihah buat tok nan https://t.co/Be0HXaVWnf

— Dean (@apizzzzzzzz) January 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Hari ini, genap dua tahun Allahyarham Tok Nan meninggalkan kita. Warga Sarawak begitu sayang akan Allahyarham meskipun begitu singkat masanya mengetuai kabinet Sarawak. Meskipun jasadnya tiada lagi bersama kita, jasa dan pengorbanannya masih dikenang sehingga kini.#Sarawak pic.twitter.com/8QnuoRlu9N

— Awang Faizul (@realawangfaizul) January 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bekas ketua Menteri Sarawak yang popular kerana mempunyai pendirian tegas menuntut lebih kuasa autonomi dan bahagian lebih besar kekayaan minyak serta gas di negeri itu daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, meninggal dunia akibat komplikasi jantung.
Allahyarham meninggal dunia di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan.
Al-Fatihah!
#Adenan Satem #Kuching #meninggal dunia #Najib Razak #Pejuang #Sarawak
;