Kelantan umum Selasa ini cuti peristiwa sempena Aidilfitri

Sinar Harian
April 3, 2024 14:45 MYT
Pengumumkan itu dibuat Menteri Besar, Datuk Nasuruddin Daud selepas mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Exco pada Rabu. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa di seluruh negeri ini pada Selasa 9 April atau 29 Ramadan.
Pengumuman itu dibuat Menteri Besar, Datuk Nasuruddin Daud selepas mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Exco pada Rabu.
Menurut beliau, cuti berkenaan juga bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas sehari sebelum perayaan apabila perantau pulang ke kampung.
"Kita jangkakan kesesakan berlaku sebaik sahaja perantau dari seluruh negara pulang ke Kelantan untuk meraikan Aidilfitri," katanya.
Dalam perkembangan lain, Nasuruddin memohon umat Islam di seluruh negeri melakukan solat sunat istisqa bagi memohon hujan.
Tambah beliau, kemarau yang serius turut mengakibatkan banyak tanaman mati termasuk padi.
"Dalam keadaan begini memerlukan kita solat Istisqa supaya ALLAH SWT menurunkan hujan. Insya-ALLAH apabila turun hujan, padi yang belum dituai dapat diselamatkan," katanya.
Bagaimanapun katanya, solat ini tiada penganjuran secara rasmi tetapi memohon semua penduduk dan imam di seluruh negeri bekerjasama melakukannya.
"Terpulang kepada mereka bila untuk melakukannya tetapi Ramadan adalah waktu terbaik kerana doa kita mudah dimakbulkan oleh ALLAH terutama akhir Ramadan," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
#Kelantan #cuti peristiwa #Selasa 9 April #Nassuruddin Daud #Aidilfitri
;