Kelantan umum Ahad cuti peristiwa

Bernama
Ogos 11, 2023 05:40 MYT
Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengumumkan Ahad sebagai cuti peristiwa sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Kerajaan negeri bersetuju untuk mengisytiharkan hari Ahad, 13 Ogos sebagai hari kelepasan am (cuti peristiwa) bagi negeri Kelantan," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
-- BERNAMA
#Kelantan #PRN Kelantan #Ahmad Yakob #cuti peristiwa
;