Kelantan tangguh kenaikan cukai pintu tahun 2021

Bernama
November 5, 2020 19:36 MYT
Penangguhan kenaikan cukai itu melibatkan kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB BRI) meliputi Seksyen 1 sehingga Seksyen 28. - Gambar fail
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan hari ini memutuskan untuk menangguhkan kenaikan cukai pintu bagi tahun 2021.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata penangguhan kenaikan cukai itu melibatkan kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB BRI) meliputi Seksyen 1 sehingga Seksyen 28.
"Sehubungan itu notis meminda senarai nilaian di bawah Seksyen 144 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang bertujuan mengenakan kenaikan cukai pintu bagi tahun 2021 perlu diabaikan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
"Bagi tahun 2021 juga pembayar-pembayar cukai pintu dalam kawasan pentadbiran MPKB BRI hanya perlu membuat pembayaran cukai pintu bagi kadar sedia ada yang berkuat kuasa sekarang," tambahnya.
-- BERNAMA
#penangguhan kenaikan cukai #cukai #cukai pintu #Izani Husin #Kota Bharu #Kelantan
;