Kelantan isytihar cuti peristiwa 11 Sept ini - Ahmad Yakob
Bernama
Ogos 30, 2016 15:09 MYT
Ogos 30, 2016 15:09 MYT
Kerajaan Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa pada 11 Sept ini yang bersamaan 9 Zulhijjah, sempena Hari Wukuf.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata ia bertujuan memberi peluang kepada umat Islam di negeri ini berpuasa sunat dan melakukan persiapan menyambut Aidiladha.
"Kita jangka Aidiladha pada Isnin dan Selasa manakala Ahad Hari Wukuf," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Sehubungan itu, katanya, Ahad (11 Sept) diisytiharkan sebagai cuti peristiwa.