UMNO Kelantan hari ini mendesak kerajaan negeri supaya mengehadkan pengeluaran lesen pertanian terutama di Gua Musang bagi mengelak banjir besar berulang.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata penebangan hutan dilakukan secara berleluasa untuk tujuan pertanian boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah seperti Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Kota Bharu dan Gua Musang.
"Pembalakan menyebabkan kawasan bukit akan menjadi gondol dan mempercepatkan pengaliran air ke sungai-sungai termasuk ke Sungai Kelantan yang boleh menyebabkan banjir," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Khatan Beramai-Ramai peringkat Parlimen Machang di Hospital Machang di sini, hari ini.
Seramai 90 murid dari 29 sekolah rendah di jajahan itu menyertai majlis berkhatan berkenaan yang diadakan dengan kerjasama Hospital Machang dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Machang.
Ahmad Jazlan yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata kerajaan negeri boleh memohon peruntukan daripada kerajaan Persekutuan jika mereka bimbang hasil negeri berkurangan akibat pengurangan aktiviti pertanian.
"Saya yakin kerajaan Persekutuan boleh menimbang permohonan kerajaan negeri jika mereka gunakan alasan banjir," katanya.
Ditanya mengenai nasib Orang Asli di Gua Musang yang bertindak mengadakan sekatan di beberapa laluan pembalakan, Ahmad Jazlan yang juga anggota Parlimen Machang berkata kerajaan negeri perlu menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.
Katanya kerajaan negeri perlu segera mewartakan kawasan yang didiami oleh Orang Asli sebagai tanah adat dan kawasan tanah rayau mereka bagi mengelak perkara sama berulang pada masa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 04 2016
Kawasan rendah seperti Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Kota Bharu dan Gua Musang cenderung dilanda banjir. - Gambar hiasan
Meta mohon maaf turunkan hantaran PM Anwar berhubung Ismail Haniyeh
Permohonan maaf Meta itu dibuat secara ringkas tanpa memperincikan sebab kandungan ucapan takziah Perdana Menteri diturunkan.
Olimpik Paris 2024: Pemanjat Poland Miroslaw pecah rekod dunia
Hari pembukaan sukan memanjat atau sport climbing di Sukan Olimpik Paris menyaksikan beberapa insiden dan rekod baharu dunia tercipta.
Belanjawan 2025 perlu beri tumpuan isu kos sara hidup - PM Anwar
Anwar Ibrahim mahu Belanjawan 2025 memberi tumpuan kepada aspek menangani dan mengurangkan kos sara hidup.
Monopoli carian dalam talian Google tidak sah - Hakim AS
"Google adalah monopolist dan ia bertindak sebagai satu-satunya (enjin carian) untuk mengekalkan monopolinya," kata Hakim Amit Mehta.
#Berbudi Bersama di Ipoh gamit pelbagai lapisan pengunjung
Meraikan 30 tahun peranannya memacu pertumbuhan Malaysia yang menyeluruh, Khazanah Nasional melancarkan inisiatif #Berbudi Bersama, siri program jangkauan komuniti yang berlangsung di seluruh negara.
Olimpik Paris 2024: Trio pecut wanita Britain menang emas, pecah rekod dunia
Britain mencipta rekod baharu dunia dengan catatan masa 45.186s untuk memenangi emas dalam acara pecut berpasukan wanita.
AWANI Ringkas: Potensi besar nadir bumi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dasar ekonomi bertanggungjawab pacu kekuatan ringgit - PM Anwar
Kedudukan domestik dan kekuatan ringgit pada masa ini sangat memberangsangkan walaupun keadaan geopolitik di peringkat global amat membimbangkan.
AWANIRingkas 06 Ogos 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 06 Ogos 2024
1️⃣ Potensi besar nadir bumi
2️⃣ Tumpuan emas negara kini kepada acara berbasikal
3️⃣ Susulan rusuhan ganas di UK
1️⃣ Potensi besar nadir bumi
2️⃣ Tumpuan emas negara kini kepada acara berbasikal
3️⃣ Susulan rusuhan ganas di UK
Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS
Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS disebabkan prospek penurunan kadar faedah AS semakin ketara, kata seorang penganalisis.
143 mangsa banjir Hulu Bernam masih berlindung di PPS pagi ini
Seramai 143 mangsa banjir di Hulu Bernam, Hulu Selangor masih berlindung di PPS Dewan Serbaguna Kampung Sungai Selisek pagi ini.
Jalan raya Florida bertukar sungai selepas Taufan Debby
Jalan raya di beberapa bahagian Florida bertukar menjadi sungai selepas Taufan Tropika Debby mengalami hujan lebat di bahagian utara negeri tersebut pada Isnin.
Angka korban banjir Kerala mencecah 215 orang
Mereka dilaporkan maut ekoran kejadian tanah runtuh khususnya di daerah Wayanad yang memaksa operasi besar-besaran dilakukan dengan segera.
Mangsa banjir di Muallim berkurang, enam kampung masih terjejas
Terdapat pertambahan dari jumlah kampung yang terjejas iaitu menjadi enam kampung, berbanding empat sebelum ini.
Banjir: 113 orang di Hulu Bernam dipindahkan ke PPS
Sebanyak 113 individu dari enam kampung di Hulu Bernam, Hulu Selangor dekat sini dipindahkan ke pusat pemindahan banjir (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air petang tadi.
Mangsa banjir di Muallim meningkat kepada 86, jejas 16 keluarga
Seramai 81 orang daripada 15 keluarga berada di PPS SMK Khir Johari, Tanjong Malim, manakala lima lagi daripada satu keluarga di Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen.
Banjir Muallim: Empat kampung terjejas, 15 mangsa ditempatkan di dua PPS
Kawasan yang terjejas merangkumi Kampung Sri Behrang, Kampung Lambak, Kampung Kelawar dan Kampung Ketoyong.
Hujan lima jam, 18 rumah terjejas banjir di Muallim
Faktor limpahan air sungai berhampiran juga menyebabkan banjir berlaku di kawasan tersebut.
Lebih 1,700 sekolah ditutup akibat banjir di Myanmar
Banjir berkenaan berpunca daripada peningkatan paras air sungai Ayeyarwady dan Chindwin.
Korea Selatan sedia tawar bantuan banjir kepada Korea Utara
Korea Selatan bersedia untuk berbincang bagi menyalurkan skala dan bekalan bantuan yang diperlukan serta cara mengagihkannya.