Kelakuan tidak sopan: Bekas atase tentera Rizalman mengaku tidak bersalah
Astro Awani
Mei 26, 2015 09:32 MYT
Mei 26, 2015 09:32 MYT
Seorang bekas kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkelakuan tidak sopan terhadap seorang wanita New Zealand.
Menurut laporan Television New Zealand (TVNZ), Muhammad Rizalman Ismail akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Wellington pada akhir tahun ini.
Pendengaran untuk mempertimbangkan perkara-perkara sebelum perbicaraan telah ditetapkan pada Ogos.
Pada November tahun lepas, Muhammad Rizalman turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap Tania Billingsley dengan niat untuk merogolnya.
Muhammad Rizalman boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun jika didapati bersalah.