Kelab NFT Malaysia jalin kerjasama dengan MAHSA Universiti
Umar Sadique
Jun 3, 2022 11:00 MYT
Jun 3, 2022 11:00 MYT
KUALA LUMPUR: Kelab NFT Malaysia (MNC) menjalinkan kerjasama dengan MAHSA University (MAHSA) dalam usaha untuk memperkasa dan menerajui pemilikan aset digital dalam bentuk 'Non-Fungible Token' (NFT).
Menurut Presiden MNC, Shahfuddin Zaharulzaman, kerjasama ini melibatkan pertukaran penyelidik, tenaga pengajar, dan para pelajar, di samping penganjuran persidangan NFT dan metaverse di peringkat domestik dan antarabangsa.
Katanya lagi, ia sebagai usaha untuk membolehkan golongan muda menerokai dunia baharu internet yang berpotensi besar untuk melonjak ekonomi Malaysia di pentas antarabangsa.
“Untuk pemain-pemain NFT kita memang menyasarkan golongan-golongan muda bagi menjadi pencipta kepada karya NFT.
"Kerjasama ini penting untuk memajukan dan merancakkan industri digital negara.
MoU tersebut ditandatangani oleh Pengerusi Eksekutif dan pro Canselor MAHSA, Tan Sri Mohamed Haniffa Abdullah dengan Shahfuddin yang mewakili MNC.
Turut sama menyrtai majlis tersebut, pelakon dan Presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi, Zizan Nin dan komposer, Edrie Hashim.
Sementara itu dalam kenyataan berasingan, MAHSA berkata pihak MNC akan mengadakan bengkel latihan bagi tujuan menjelaskan secara lebih terperinci tentang NFT serta potensinya di seluruh rangkaian Kumpulan MAHSA.
NFT merupakan data pemilikan aset digital yang disandarkan menerusi teknologi 'blockchain' .
Layari juga https://pulse.astroawani.com/nft untuk ikuti berita terkini berkaitan dunia NFT.