JELEBU: Sebuah kelab di Kuala Lumpur yang digantung sementara operasinya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 10 Julai lepas didapati tidak mempunyai lesen hiburan selaras dengan Seksyen 17 Akta Hiburan 1992.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata pemilik premis tersebut hanya diberikan lesen restoran dan minuman keras tetapi tiada lesen hiburan.
Beliau berkata setiap premis yang menjalankan perniagaan restoran dan operasi berbentuk hiburan perlu memiliki dua lesen iaitu lesen restoran dan hiburan.
"Pemilik kelab memohon lesen hiburan tetapi tidak diluluskan kerana dalam lesen hiburan terdapat beberapa syarat tertentu dikenakan sebagai contoh laporan bomba, syarat aktiviti hiburan yang hendak diadakan, kita tidak boleh beri persetujuan menyeluruh kepada setiap hiburan.
"Pihak kementerian tidak berkompromi terhadap penyalahgunaan lesen. Premis ini tidak mempunyai lesen hiburan, maka DBKL mengambil tindakan menggantung sementara operasi premis dan restoran ini kerana menyalahgunakan lesen diberikan," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita pada program korban bersempena Aidiladha bersama rakyat Parlimen Jelebu dan agensi kerajaan di Simpang Pertang di sini hari ini.
Jalaluddin berkata pemilik premis diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan sebelum jawatankuasa pelesenan DBKL akan bersidang, meneliti serta menyiasat perkara itu dan penggantungan lesen itu boleh dilakukan hingga tempoh maksimum 30 hari sehingga keputusan dibuat.
Menurutnya DBKL tidak berkompromi dalam perkara melibatkan isu sensitif seperti agama, kaum dan bangsa di negara ini.
Sementara itu, Jalaluddin berkata pihaknya turut menerima laporan berkaitan seorang individu yang didakwa sebagai pemilik premis itu yang mempermainkan serta memperlekehkan bangsa Melayu menerusi video tular persembahan di premis tersebut.
"Saya sudah meminta pihak penguat kuasa supaya melakukan siasatan terperinci mengenai perkara ini, sekiranya benar, ia menyalahi syarat lesen yang dikeluarkan, tidak mustahil pihak penguat kuasa pelesenan DBKL mengambil tindakan lebih tegas yang boleh membawa kepada penutupan kelab," katanya.
Beliau meminta masyarakat supaya bertenang dan tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.
Jalaluddin berkata mengikut rekod, premis tersebut telah beroperasi tanpa lesen sejak 2014 hingga 2017 bagaimanapun lesen diluluskan pada 2018 dan masih sah sehingga kini iaitu untuk operasi restoran dan minuman keras.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 13 2022
Jalaluddin berkata, pihaknya turut menerima laporan berkaitan seorang individu yang didakwa sebagai pemilik premis itu yang mempermainkan serta memperlekehkan bangsa Melayu menerusi video tular persembahan di premis tersebut. - Gambar fail
Presiden Israel batal perjalanan ke Baku atas faktor keselamatan
Presiden Israel, Isaac Herzog dilapor tidak akan menghadiri dan menyertai delegasi negaranya ke Persidangan Perubahan Iklim PBB atau COP29 di Baku, Azerbaijan.
Agenda AWANI: COP29 | Matlamat pembangunan mampan seiring keamanan sejagat
Malaysia menggunakan platform #COP29 di Baku, Azerbaijan sebagai langkah permulaan untuk menerajui dialog iklim di antara negara-negara di rantau ASEAN. Diskusi #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
Tumpuan Selasa – 19 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Perbahasan Pendanaan Perubahan Iklim di COP29: Masih Tiada Kata Sepakat
Memasuki minggu terakhir Persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan, perunding negara dunia masih gagal mencapai kata sepakat mengenai pendanaan untuk mengawal perubahan iklim. Walaupun begitu, sektor perbankan yang turut hadir di COP29 menyuarakan pandangan mereka mengenai isu pendanaan. Saksikan temubual eksklusif Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Joel Khaw Chuan Penn, Ketua MIND & Kelestarian, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).
COP29: Suara anak muda diangkat, sama penting pembuat dasar
Persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan mengangkat suara anak muda sama pentingnya dengan kelompok pembuat dasar, saintis dan golongan perniagaan. Dzulfitri Yusop ada perinciannya.
Agenda AWANI: COP29 - Langkah Malaysia Terajui Dialog Iklim Rantau ASEAN
Malaysia menggunakan platform #COP29 di Baku, Azerbaijan sebagai langkah permulaan untuk menerajui dialog iklim di antara negara-negara di rantau ASEAN. Diskusi #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
11 orang, 89 cedera akibat diserang peluru berpandu Rusia
Serangan itu turut mencederakan 89 penduduk, termasuk 11 kanak-kanak.
Petani Perancis bantah perjanjian perdagangan EU-Mercosur
Petani Perancis mengadakan protes pada Ahad bagi membantah cadangan perjanjian perdagangan bebas antara Kesatuan Eropah (EU) dan pakatan ekonomi Amerika Selatan, Mercosur, memetik kebimbangan terhadap isu alam sekitar dan ekonomi.
10 Berita Pilihan - (18 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Runtuhan bangunan empat tingkat ragut 13 nyawa
Sekurang-kurangnya 13 individu disahkan terkorban dalam tragedi runtuhan bangunan di bandar Dar es Salaam, Tanzania yang berlaku pada pagi Sabtu. Perkara itu seperti yang dinyatakan sendiri Presiden Samia Suluhu Hassan dalam kemas kini terbaharunya pada yang Ahad yang mana beliau turut turun padang untuk melihat sendiri kemusnahan teruk bangunan empat tingkat itu.
Pemilik kelab komedi Crackhouse didenda RM8,000 buat hantaran video sentuh sensitiviti kaum
Pemilik kelab komedi Crackhouse Mohamad Rizal Johan Van Geyzel didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana membuat dan memulakan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum.
Wanita tanggal baju kurung, tudung di kelab komedi didenda RM8,000
Seorang wanita yang menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika komediri di sebuah kelab komedi, didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin.
Perbicaraan ditangguh: Siti Nuramira demam, muntah dan kejang perut
Perbicaraan kes Siti Nuramira Abdullah yang didakwa mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam di Mahkamah Sesyen ditangguhkan hingga esok kerana wanita itu cuti sakit.
Mahkamah dengar permohonan semakan kehakiman pemilik kelab komedi 23 Mei
Mahkamah Tinggi menetapkan 23 Mei depan untuk mendengar permohonan semakan kehakiman Crackhouse Comedy Club bagi mencabar tindakan DBKL.
Pengasas kelab komedi mengaku tidak bersalah dakwaan hantar komunikasi jelik
Tertuduh, Rizal Van Gezyel, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Hasniah Abdul Razak.
Pemilik kelab komedi dituduh di mahkamah hari ini
Pertuduhan akan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di Mahkamah Sesyen Jenayah (Mahkamah Siber Kuala Lumpur).
Pemilik kelab komedi dakwa diugut
Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada seorang pemilik kelab komedi yang mendakwa keluarganya menerima ugutan bunuh.
Polis buru dua lelaki simbah cat di Crackhouse Comedy Club
Sebahagian cat yang dibaling oleh lelaki berkenaan turut terkena pintu utama sebuah bank tempatan berhampiran.
Jawi tahan Siti Nuramira, didakwa esok di Mahkamah Tinggi Syariah
Siti Nuramira Abdullah, 26, ditahan penguat kuasa Jawi selepas menandatangani Borang Jamin ditemani peguamnya, Ramesh Chandran.
Kes hina Islam: Siti Nuramira, kekasih bayar ikat jamin RM40,000 - Peguam
Jumlah ikat jamin itu merupakan kutipan sumbangan orang ramai menerusi akaun bank pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia, 'Lawyers for Liberty' (LFL).