KUALA LUMPUR: Kekurangan bekalan beberapa bahan mentah seperti ayam dan telur yang sedang dialami pengguna ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka pulih sebaik industri yang terlibat kembali beroperasi selepas cuti panjang Tahun Baharu Cina.
Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Operasi) Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Shamsul Nizam Khalil berkata jangkaan itu mengambil kira ramai pekerja ladang ternakan dan pejabat bercuti panjang sempena perayaan itu.
"Menerusi pemantauan, memang berlaku kekurangan bekalan bahan mentah di beberapa lokasi dalam negara yang berlaku kerana banyak faktor antaranya pihak industri tidak dapat menampung permintaan yang tinggi dan disebabkan cuti panjang.
"Namun kita percaya keadaan ini sementara dan kita bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan juga sedang berusaha untuk mengawal keadaan (mengatasi masalah)," katanya pada rancangan Ruang Bicara Bahas membincangkan topik 'Pengguna Resah Harga Bahan Mentah Naik' yang disiarkan Bernama TV malam tadi.
Shamsul Nizam berkata kenaikan harga bahan mentah ketika ini selain dipengaruhi faktor permintaan dan penawaran dalam pasaran, juga banyak berkait dengan kos pengangkutan yang tinggi ketika negara mengimport bahan mentah dari luar negara.
"Ini yang menjadi punca kepada kenaikan dan disebabkan itu kerajaan perlu mengenakan harga kawalan walaupun tahu kawalan ini bukan sesuatu yang sihat untuk sepanjang masa.
"Ia (kawalan harga) hanya akan dilakukan apabila kerajaan menjangkakan berlaku peningkatan harga bahan mentah yang mengganggu pengguna dan bekalan seperti yang berlaku sekarang," katanya.
Baru-baru ini, terdapat beberapa negeri dilaporkan mengalami masalah bekalan ayam dan telur yang tidak mencukupi sehingga memberi tekanan kepada peniaga dan pengguna kerana harga yang dikenakan terhadap bahan mentah itu tinggi, memaksa kerajaan melakukan intervensi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 04 2022
Baru-baru ini, beberapa negeri dilaporkan mengalami masalah kekurangan bekalan ayam dan telur sehingga memberi tekanan kepada peniaga dan pengguna. - Gambar hiasan/BERNAMA
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Isu baja padi akan diselesaikan segera - Mada
Mada memaklumkan kelewatan baja padi yang dihantar kepada petani adalah berpunca daripada isu kelewatan bekalan bahan mentah.
Kekurangan bekalan bahan mentah ketika ini bersifat sementara
Ia dijangka pulih sebaik industri yang terlibat kembali beroperasi selepas cuti panjang Tahun Baharu Cina.