Kekang COVID-19, ATM perkukuh kawalan sempadan Sarawak-Kalimantan
Fadilah Sulaiman
November 4, 2020 18:52 MYT
November 4, 2020 18:52 MYT
KUCHING: 20 anggota dari Rejimen Askar Melayu Diraja dan tujuh anggota dari Rejimen Sempadan dihantar ke lokasi Ops Benteng sedia ada untuk mengekang pencerobohan pendatang asing tanpa izin sekaligus membendung penularan pandemik Covid-19.
Misi dibantu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggunakan sebuah pesawat pengangkut jenis CN235-220M dari No. 1 skuadron, Pangkalan Udara Kuching
Operasi penghantaran dikendalikan dengan tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang tinggi termasuk disinfeksi ke atas bagasi dan peralatan serta melengkapi anak kapal dengan peralatan perlindungan diri (PPE).
Penerbangan dikendalikan oleh Mejar Azhar, Mejar Adi dan Mejar Tifaz selaku juruterbang bersama dua pembantu juruterbang dan empat loadmaster.