Misi dibantu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggunakan sebuah pesawat pengangkut jenis CN235-220M dari No. 1 skuadron, Pangkalan Udara Kuching
![nggota yang terlibat diperiksa tahap kesihatan sebelum dibenarkan menaiki penerbangan di Pangkalan Udara Kuching. - Foto Facebook/TUDM](https://img.astroawani.com/2020-11/61604486851_freesize.jpg)
Operasi penghantaran dikendalikan dengan tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang tinggi termasuk disinfeksi ke atas bagasi dan peralatan serta melengkapi anak kapal dengan peralatan perlindungan diri (PPE).
Penerbangan dikendalikan oleh Mejar Azhar, Mejar Adi dan Mejar Tifaz selaku juruterbang bersama dua pembantu juruterbang dan empat loadmaster.