Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyeru setiap rakyat Malaysia membantu mempertahankan negara daripada penyebaran berita palsu atau akaun media sosial palsu yang berniat buruk, berbaur fitnah dan berbentuk hasutan.
"Hormati kepelbagaian dan keharmonian perlu diperkukuhkan sebagai amalan kehidupan rakyat Malaysia," katanya dalam catatan terbaru blog beliau di sskeruak.blogspot.my hari ini.
Beliau berkata sudah tiba masa untuk orang ramai menggunakan sepenuhnya inisiatif seperti portal sebenarnya.my dan menjadikan sebagai tabiat untuk menyemak kesahihan berita yang tular di laman sosial terlebih dahulu sebelum berkongsinya dengan orang lain.
Menurutnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan terhadap 3,047 akaun palsu yang dikenal pasti dalam pelbagai platform media sosial sejak Januari hingga September tahun ini.
Katanya, hampir 80 peratus daripada 3,047 akaun palsu itu telah dipadam oleh penyedia platform media sosial seperti Facebook dan Twitter kerana melanggar terma dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing.
Katanya, walaupun gergasi internet seperti Facebook dan Twitter serta enjin pencarian terbesar China, Baidu Inc. (BIDU) bekerjasama dengan kerajaan namun mereka sentiasa tertekan untuk memperbaiki algoritma masing-masing dengan penggunaan gabungan teknologi dan kebenaran kandungan untuk meminimumkan berita palsu.
"Marilah kita mengingatkan diri sekiranya berjumpa dengan akaun yang disyaki palsu, berita atau maklumat palsu, kita perlu menggunakan kemudahan saluran pelaporan yang disediakan oleh penyedia platform media sosial untuk membuat aduan supaya tindakan dapat diambil dengan secepat mungkin.
"Kita juga boleh membuat aduan dengan SKMM. Adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk membangun, menghantar dan memuat naik kandungan berunsur lucah, sumbang, palsu, mengancam atau bersifat jelik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 12 2017
Salleh minta rakyat Malaysia henti sebar berita palsu. - Gambar fail/Bernama.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Pendekatan komprehensif antara pemain media dan pihak berkuasa depani salah guna AI - Ashwad Ismail
Pendekatan komprehensif di antara kerajaan, pemain industri media serta pihak berkuasa perlu digerakkan bagi mendepani risiko penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) terutamanya berkaitan peny
LHDN tidak pernah hantar pautan status bayaran balik melalui portal MyTax
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menghantar sebarang pautan kepada pembayar cukai berkaitan status bayaran balik melalui portal MyTax, menurut agensi pentadbir cukai itu.
Kerap 'disajikan' unsur negatif di media sosial cetus masyarakat pemikiran jumud - Pakar
Perkembangan teknologi sepatutnya melahirkan masyarakat intelektual namun ia boleh jadi sebaliknya jika pengguna media sosial gagal menapis bahan negatif yang terdapat dalam rangkaian internet.
Media sosial Barat banyak temberang, hapuskan aplikasi mereka - Duta BRICS
Nasser berkata, untuk melemahkan doktrin Barat, perlu hapuskan aplikasi ciptaan mereka dan sokong media baharu yang adil dalam pelaporan.
Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berunsur fitnah - Lim
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menegaskan sebarang dakwaan mengenai larangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadah haji adalah tidak benar.
AI bukan ancaman kepada industri media - Wartawan veteran
Kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam industri media tidak harus dilihat sebagai satu ancaman.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
COVID-19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes yang melangkaui keraguan munasabah terhadap Muhammad Zaki.
Pendakwaan tarik balik rayuan, Lokman Adam kekal bebas tuduhan sebar berita palsu
Lokman Noor Adam kekal lepas dan bebas daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu di laman Facebook miliknya berhubung kematian seorang pegawai polis akibat vaksin, tiga tahun lepas.
Polis sahkan video tular kejadian culik kanak-kanak di Labu adalah palsu
Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap pemilik akaun yang memuat naik video tersebut yang boleh menggugat keamanan awam.