Kekalahan PH urusan dalaman mereka - Hishammuddin

Wan Syamsul Amly
November 18, 2019 14:34 MYT
Menurut Hishammuddin, Barisan Nasional tidak mempunyai sebarang urusan di atas kekalahan Pakatan Harapan. - Gambar fail
Kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai adalah urusan dalaman mereka sendiri.
Menurut Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai sebarang urusan di atas kekalahan PH.
“Apa yang kita tahu, calon PH di Tanjung Piai adalah pilihan gabungan itu sendiri. Jadi apabila mereka menyalahkan sesama sendiri, ia tidak ada kena mengena dengan kita. Itu masalah mereka,” katanya semasa ditemui di lobi Parlimen, pada Isnin.
Dalam pada itu Hishammuddin berkata, terlalu banyak ketidakpuashatian yang dirasai dari rakyat kepada kerajaan hari ini.
“Saya pernah menyuarakan sebelum ini, kerajaan perlu membuktikan prestasi yang baik.
“Jadi apabila Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng mula (menjadi Ahli Parlimen) hari ini. Dia akan memberikah khidmat terbaiknya dan kita akan memberi bantuan kepadanya,” katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan kekalahan PH pada PRK Tanjung Piai yang berlangsung Sabtu lalu.
Bagaimanapun, beliau tidak menjangka kekalahan dengan majoriti yang begitu besar iaitu sebanyak 15,086 undi kepada parti lawan.
BACA: "Kemenangan di Tanjung Piai bukan kerana Najib semata-mata" - Hishammuddin
#Barisan Nasional #BN #Hishammuddin Hussein #kekalahan Pakatan Harapan #Mahathir Mohamad #masalah dalaman #PH
;