Kekal caj GST: Syarikat telco disaran buat kaji selidik pilihan pengguna

Sathesh Raj
April 2, 2015 23:39 MYT
AHMAD MASLAN: sewajarnya monopoli oleh keempat-empat syarikat Telekomunikasi Celcom,Digi, Maxis dan U-Mobile dipecahkan agar kehendak pengguna dapat didengari.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyarankan syarikat-syarikat telekomunikasi negara untuk menjalankan satu kajiselidik di kalangan pengguna tentang kad tambah nilai prabayar yang dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April.
Dalam akaun twitternya Ahmad Maslan berkata, sewajarnya syarikat telekomunikasi menjalankan kajiselidik untuk mendapatkan pandangan pengguna sama ada mereka memilih penurunan harga atau peningkatan waktu ‘airtime’.

(3) Sblm ada keputusan lain, ramai ingin bukti tambahan airtime itu.Elok Telco survey, pengguna pilih kurang harga atau pilih tambah airtime

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) April 2, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau juga berkata sewajarnya monopoli oleh keempat-empat syarikat Telekomunikasi – Celcom,Digi, Maxis dan U-Mobile– dipecahkan agar kehendak pengguna dapat didengari.

(2) Telco 4 ini wajar dipecahkan monopoli mereka agar dengar apa kehendak pengguna. Saya dah minta Kastam bincangkan lagi ttg keputusan itu.

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) April 2, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

(1) Ramai minta turunkan harga top-up kpd harga asal spt sebelum GST. Bukan tambah lebih 6% airtime/sms. Kastam yg bincang dgn 4 Telco tadi.

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) April 2, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengarah Bahagian CBP, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk T.Subromaniam pada Khamis berkata Syarikat telekomunikasi akan tetap mengenakan caj enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kad tambah nilai prabayar berkuat kuasa serta-merta.
Bagaimanapun, pelanggan akan ditawarkan tambahan kredit masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada kadar nilai melebihi cukai enam peratus.
Persetujuan itu dicapai menerusi perbincangan antara ketua eksekutif syarikat telekomunikasi, JKDM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Khamis.
Dapatkan maklumat terkini berkenaan GST di laman gst.astroawani.com.
#Ahmad Maslan #celcom #Digi #GST #kad #Maxis #prabayar #survey #tambah nilai #U-Mobile