Kejatuhan ringgit kerana cabaran struktur, bukan pemerintahan kerajaan

Faida Rahim
Julai 4, 2023 00:53 MYT
Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif UKM (MINDA-UKM) Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali memaklumkan, penurunan ringgit bukan situasi baharu kerana negara berdepan dengan cabaran struktur.
KUALA LUMPUR: Bukan semua masalah dihadapi negara termasuk kejatuhan ringgit berpunca daripada pemerintahan kerajaan hari ini.
Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif UKM (MINDA-UKM) Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali memaklumkan, penurunan ringgit bukan situasi baharu kerana negara berdepan dengan cabaran struktur.
"Tentang isu bakat, isu infrastruktur, isu dalam konteks faktor perniagaan dan sebagainya. Itu perkara yang kita telah kenal pasti.
"Cuma yang bagusnya kita menanti sesuatu. Semasa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengambil pejabat perdana menteri, ada sedikit peningkatan dalam nilai mata wang daripada sekitar 4.7 kepada 4.3 tetapi okemudian kembali beralih kepada lebih kurang 4.67," katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Tambah beliau, Anwar turut menegaskan untuk menyegerakan tindakan serta proses memperbaiki ekonomi, ketika mesyuaratnya bersama pakar ekonomi pada bulan lalu.
"Beliau menyebut we cannot wait for too long untuk menyatakan bagaimana Malaysia akan mentadbir ekonomi, apa hala tuju kita, apa sasaran kita dan sebagainya.
"Yang agak rugi bagi saya, kita agak clueless, planless sebab ada cubitan sana, cubitan sini, tetapi kerangka yang jelas itu tidak nampak sebelum ini," katanya.
Jelas beliau, naratif ekonomi Madani, pelan induk perindustrian, semakan rancangan Malaysia ke-12 dan pelan Belanjawan 2024 diharapkan dapat menyuntik keyakinan baharu dalam kalangan rakyat.
Kejatuhan Ringgit: Penurunan ringgit bukan situasi baharu
#Anwar Ibrahim #Agenda Awani #Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali #Universiti Kebangsaan Malaysia
;