Dewan Rakyat kecoh petang ini akibat kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin mengeluarkan kenyataan berunsur seksis.
Ia bermula selepas Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) mengajukan soalan kepada Hanipa pada perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2019.
“Saya tengah pasang cermin mata nak tengok YB Timbalan Menteri (Hanipa) dengan begitu jelas yang kadang-kadang nampak kecil kadang-kadang nampak besar...,” katanya memulakan persoalan.
Tatkala bangun menjawab persoalan yang dikeluarkan, ayat yang terpacul dari mulut Hanipa mencetuskan provokasi.
“Pengerang (Azalina) kata saya kadang nampak gemuk, kadang nampak kurus kan.
"Macam Pengerang juga la. Kejap nampak macam perempuan, kejap nampak macam lelaki. Minta maaf, mintak maaf,” ujar Hanipa.
Tindakan itu menyebabkan Ahli-ahli Parlimen di blok pembangkang bangun berdiri dan membidas tindakan yang dibuat oleh Hanipa tersebut.
Antara yang bangun mengemukakan Peraturan Mesyuarat adalah Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang secara jelas menyatakan bahawa kenyataan Hanipa itu berunsur seksis.
“Pada penggal lalu, saya dalam Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat. Kenapa kita pinda peraturan masyuarat? Supaya tidak ada kenyataan berunsur seksis.
“Timbalan Menteri (Hanipa) secara jelas telah buat satu kenyataan seksis dan mempersoal jantina seseorang. Memang tidak betul. Ini memang kenyataan seksis dan perlu ditarik balik,” kata Ka Siong.
Sehubungan itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon mengarahkan Hanipa menarik balik kenyataan itu.
Akur dengan arahan, Hanipa menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf.
Ahli-ahli Parlimen blok pembangkang yang masih tidak berpuas hati dengan tindakan itu berpandangan supaya Hanipa henti menggulung dan Dewan Rakyat terus membuat keputusan.
Pertikaman lidah itu berlangsung hampir 30 minit sebelum Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mhd Ariff Md Yusof mengambil alih Rashid dan mengarahkan supaya loceng selama dua minit dibunyikan untuk proses pengundian pemansuhan akta itu.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Oct 09 2019

Hanipa Maidin dikecam kerana mengeluarkan kenyataan berbaur seksis terhadap Azalina Othman Said di Dewan Rakyat hari ini.

Usahawan Digital TM perkasa lebih 2,000 usahawan B40
Purata RM5,000 bagi setiap usahawan disampaikan dalam bentuk peranti, penyelesaian digital dan sumber latihan.

Unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia naik kepada 4.5 peratus pada 2025, 4.0 peratus pada 2026 - IMF
Menurut IMF, unjuran pada 2025 adalah 0.4 mata peratusan lebih tinggi berbanding unjuran rujukan dalam WEO April 2025.
Naskhah terjemahan mampu tampung karya agung dunia
Sejarawan dan penterjemah Rusia, Dr. Victor Pogadaev melihat usaha menerbitkan naskhah terjemahan dalam sebarang bahasa sastera, tanpa terkecuali bahasa Melayu mampu menjadikan bahasa berkenaan menampung karya agung dunia.
Lebih ramai warga Rusia minat Bahasa Melayu
Ratusan warga Rusia yang berada di Kuala Lumpur, Malaysia semakin meminati Bahasa Melayu didorong kejayaan beberapa acara yang dianjurkan oleh Rumah Rusia di Jalan Ampang.
Isu tribunal hak asasi, TMM 2026 dan tenaga nuklear tumpuan Dewan Rakyat
Sidang Dewan Rakyat hari ini fokus kepada status tribunal hak asasi, promosi Tahun Melawat Malaysia 2026, dan kesiapsiagaan negara meneroka tenaga nuklear.
IMF naikkan unjuran pertumbuhan global & AS bagi 2025, 2026
IMF jangka pertumbuhan ekonomi global lebih tinggi hingga 2026, dipacu rangsangan fiskal dan tarif lebih rendah. AS diramal terus berkembang meski tekanan inflasi kekal.

19 terbunuh dalam serangan udara Rusia ke atas penjara, hospital di Ukraine
Serangan turut mengorbankan seorang wanita hamil berusia 23 tahun dan dua individu lain.
Guru Besar maut, warga emas dihempap pokok di Bera
Dua kematian dilaporkan di Bera — seorang guru besar maut dalam kemalangan jalan raya, manakala warga emas dihempap pokok ketika menunggang motosikal.
KPDN peruntuk RM3.3 juta di Pos Brooke & Kuala Betis untuk penyelarasan harga
Masalah harga barangan keperluan asas yang tinggi di kawasan perkampungan orang asli diberi perhatian apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperuntukkan lebih RM3.3 juta bagi program pengedaran barang perlu di dua kawasan masyarakat orang asli di Pos Brooke dan Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan
Korban genosid Gaza cecah 60,000, serangan Israel berterusan
Lebih 60,000 rakyat Palestin terkorban sejak serangan Israel bermula Oktober 2023. Angka korban terus meningkat meskipun usaha bantuan dan gencatan senjata gagal dilaksana.

Jentera UMNO perlu perkukuh keupayaan digital, persiapan hadapi PRU akan datang - Azalina
Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berkata melalui keupayaan itu, UMNO perlu bangkit untuk menutup jurang persepsi rakyat terhadap imej parti.

Kestabilan politik membolehkan kerajaan laksana pelbagai inisiatif penghargaan - Azalina
Azalina menyeru semua pihak supaya mengekalkan kesepakatan dan perpaduan utuh itu dengan fokus untuk memperkukuh negara demi kesejahteraan negara dan rakyat.

Perbahasan LKAN di Parlimen perlu diteruskan, dukung tadbir urus baik sektor awam - Azalina
Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Rakyat perlu diteruskan sebagai ruang semak dan imbang yang penting.

Kerajaan perhalusi penubuhan jawatankuasa perlindungan pemberi maklumat kes berprofil tinggi - Azalina
Beberapa intipati cadangan telah diperuntukkan di dalam pindaan akta antaranya cadangan menubuhkan suatu Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat yang berperanan untuk memperkasakan perlindungan.

Mahkamah Paris putuskan pembatalan kes Sulu 9 Disember
Keputusan itu susulan perbicaraan pada 7 Julai lepas apabila mahkamah memuktamadkan perbicaraan mengenai merit untuk membatalkan Award Akhir dalam kes itu.

Pelantikan Ketua Hakim Negara ikut saluran JAC, Perlembagaan - Azalina
Proses pelantikan Ketua Hakim Negara dijalankan mengikut saluran sewajarnya iaitu melalui Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) dan mematuhi Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan tangani isu berkaitan badan kehakiman berpandukan Perlembagaan Persekutuan - Azalina
Kerajaan menegaskan komitmen untuk menangani isu berkaitan kebebasan badan kehakiman yang dibangkitkan Badan Peguam Malaysia, secara bertanggungjawab berpandukan Perlembagaan Persekutuan.

Agong perkenan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 - Johari
Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 (PSA) telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk dilaksanakan, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul.

Akta JAC tidak mengikat dalam pelantikan hakim - Azalina
Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 bukanlah undang-undang yang mengikat dalam pelantikan hakim sebaliknya berperanan untuk menapis, menilai dan mencadangkan calon kepada Perdana Menteri.

Reformasi sistem kehakiman: Malaysia kaji amalan terbaik negara luar
Satu kajian perbandingan awal mengenai pendekatan sistem pelantikan kehakiman di beberapa negara terpilih akan dilaksanakan sebagai langkah ke arah reformasi sistem kehakiman negara.