KUALA LUMPUR: Kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini semalam berisiko berulang memandangkan rantaian akar pokok di kawasan itu saling berhubung sekali gus memberi kesan kepada ketahanan pokok, menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) Prof Madya Dr Nor Atiah Ismail.
Justeru, beliau berkata langkah mitigasi perlu dilakukan segera bagi mengelak kejadian sama daripada berulang.
"Kejadian pokok tumbang semalam merupakan tanda pertama pokok sekitar kawasan itu untuk turut tumbang. Ini kerana akar pokok berselirat dan bergabung kiri dan kanan.
"Rantaian akar ini sebenarnya sangat kuat, tetapi kalau satu yang tumbang ia sebenarnya petanda kod kecemasan," katanya semasa menjadi tetamu program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 2 petang semalam, seorang lelaki tempatan maut manakala dua lagi cedera selepas sebatang pokok tumbang menghempap 17 kenderaan dan landasan Monorel akibat hujan lebat serta angin kuat di Jalan Sultan Ismail.
Dalam pada itu Nor Atiah bersetuju dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa mengenai keperluan melihat garis panduan kepada pemuliharaan pokok di sekitar ibu negara.
Beliau mencadangkan supaya garis panduan itu dibuat selari dengan perancangan bandar selain terdapat keperluan untuk menyediakan pangkalan data bagi setiap pokok yang ditanam.
"ILAM telah suarakan perkara ini kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk kita mendigitalkan pokok-pokok yang ada di Kuala Lumpur dan dikemas kini secara berkala, sebabnya pokok ini benda hidup dan akan berubah, jadi kita tidak boleh menganggap ia seperti infrastruktur yang lain.
"Dengan adanya pangkalan data ini, kita boleh pantau keperluan pokok secara berkala termasuklah kesihatan pokok itu sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024
Kejadian pokok tumbang semalam merupakan tanda pertama pokok sekitar kawasan itu untuk turut tumbang. - Gambar fail
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Pemindahan pokok tidak disaran kerana ia memudaratkan sistem ekologi - Pakar
Tambahnya lagi, pemindahan untuk satu pokok juga bukanlah sesuatu perkara yang murah dan ia sekali gus memerlukan satu teknikaliti yang sangat tinggi.
Mujur Nora Danish selamat...
Mujur pelakon popular, Nora Danish tidak terlibat dalam sebarang kejadian yang tidak diingini selepas berjam-jam terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Tapah - Cameron Highlands pada Selasa
Tren komuter di laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral tergendala
Perkhidmatan komuter di laluan Pelabuhan Klang ke KL Sentral tergendala pagi ini, berikutan kejadian pokok tumbang antara Klang-Jalan Kastam, dekat Pelabuhan Klang, pagi tadi.
'Pulau haba' di KL mungkin penyebab hujan air batu - Pakar
Proses pembangunan di KL yang pesat serta perubahan iklim menghasilkan fenomena hujan ribut luar biasa.