Kehilangan paksa Raymond, Amri: Suhakam gesa tubuh Jawatankuasa Khas Siasatan
Harits Asyraf Hasnan
April 4, 2019 16:44 MYT
April 4, 2019 16:44 MYT
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menggesa supaya satu jawatankuasa khas siasatan ditubuhkan susulan kehilangan paksa Raymond Koh dan Amri Che Mat.
Pengerusi Panel Siasatan kes berprofil tinggi berkenaan, Datuk Mah Weng Kwai berkata siasatan semula perlu dilakukan terutama dalam menemubual beberapa lagi saksi kes berkenaan.
"Banyak lagi kerja-kerja siasatan di lapangan perlu dilakukan kerana siasatan sebelum ini tidak memadai.
"Ramai lagi saksi yang boleh mereka temui menerusi siasatan di lapangan," katanya pada sidang media di ibu pejabat Suhakam di sini pada Khamis.
Jelasnya, penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mahupun siasatan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) hanya sesuai dilaksanakan selepas pelbagai bukti dan keterangan saksi-saksi dikumpul.
#Amri Che Mat
#hilang
#IPCMC
#Jawatankuasa Khas Siasatan
#MAH WENG KWAI
#raymond koh
#RCI
#Suhakam
#suruhanjaya hak asasi manusia
#Suruhanjaya Siasatan Diraja