Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata pemergian Tun Dr Lim Keng Yaik, merupakan satu kehilangan besar kepada parti dan negara.
Beliau berkata mendiang, yang berkhidmat hampir 28 tahun sebagai Presiden Gerakan, banyak menabur bakti memperkukuhkan parti itu serta memperjuang hak semua kaum di negara ini.
"Kami memang berasa amat sedih dengan pemergian seorang tokoh negara, mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik, yang merupakan antara pemimpin kanan negara.
"Mendiang juga pernah memegang beberapa portfolio penting dan telah dikenali sebagai seorang pejuang untuk komoditi seperti minyak, kelapa sawit, kayu dan sebagainya di pasaran dunia," katanya kepada pemberita pada Majlis Sekalung Budi Semarak Perpaduan 2012 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur malam tadi.
Dr Lim, 73, meninggal dunia di kediamannya di Tropicana Country Resort, Petaling Jaya petang semalam.
Beberapa pemimpin parti politik turut mengucapkan takziah kepada keluarga Dr Lim menerusi laman sosial Twitter dan Facebook.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata kerjaya cemerlang mendiang dalam politik selama lebih tiga dekad banyak menyumbang kepada pembangunan Malaysia daripada sebuah negara berasaskan pertanian kepada negara perindustrian.
"Sifat beliau yang suka berjenaka ketika berinteraksi dengan rakyat tidak boleh ditiru sesiapa. Sumbangan mendiang kepada negara dan rakyat akan sentiasa dikenang," kata beliau dalam laman facebooknya.
Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel pula menggunakan laman Twitter untuk mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.
"Takziah kepada keluarga mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik. Kehilangan anda akan dirasai semua," katanya.
Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Dr Lim banyak menyumbang kepada negara dan sumbangan mendiang akan sentiasa diingati. Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong turut mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Pemuda Gerakan Datuk Lim Si Pin.
Beliau berkata pemergian Dr Lim, yang merupakan antara Menteri Kabinet daripada kaum Cina paling lama berkhidmat, satu kehilangan besar kepada negara. Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau terkejut mendengar berita kematian Dr Lim dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata Dr Lim seorang tokoh besar politik dalam generasi beliau.
"Beliau sentiasa berterus terang, sangat bijak, tidak berlagak dan mengutamakan kepentingan semua rakyat Malaysia," katanya.
Bernama
Sun Dec 23 2012
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Hadis 40 Imam Nawawi: Pas akan adakan dialog bersama Gerakan - Hadi
Abdul Hadi berkata Pas sentiasa berhubung dengan Gerakan dalam membincangkan mana-mana isu berbangkit.
Ahli Gerakan perlu fokus PRN berbanding pemilihan parti - Dominic Lau
Penyandang Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau mengingatkan kepada semua ahli supaya fokus kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) berbanding pemilihan parti.
Tiada keperluan debat projek tambak laut Pulau Pinang Selatan - Kon Yeow
Tiada keperluan untuk berdebat berhubung Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) kerana segala pertikaian mengenainya sudahpun dibincangkan secara panjang lebar sebelum ini.
PRU15: Presiden Gerakan sahkan bertanding di Pulau Pinang
Bagaimanapun, Dominic Lau masih merahsiakan kerusi Parlimen yang bakal ditandinginya.
PRU15: Calon kuasai bahasa Melayu dengan baik pilihan Gerakan - Dominic
Hanya mereka yang mengusai kemahiran bahasa Melayu dengan baik akan dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Dr Dominic Lau.
Gerakan sarankan kerajaan kekalkan hukuman mati atas kesalahan jenayah kejam
Jenayah seumpama itu perlu mendapatkan hukuman setimpal terutama melibatkan kes kehilangan nyawa mangsa.
PRN Johor: PN muktamad senarai calon minggu depan - Muhyiddin
Perikatan Nasional (PN) akan memutuskan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor minggu depan, kata Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
KEMAS gerakkan 1,256 sukarelawan bantu mangsa banjir
207 premis Tabika, Taska dan Pusat Kegiatan KEMAS di seluruh negara sudah dikenalpasti terjejas akibat banjir yang melanda.
PRN Melaka: Landskap politik norma baharu Melaka perlu diperhalusi
Situasi ini juga bakal memberi peluang yang sama rata kepada semua parti untuk meraih kemenangan.
MPN yakin Agong dapat tangani kemelut politik
Majlis Profesor Negara (MPN) berpendapat segala persoalan itu dapat diselesaikan atas kebijaksanaan dan kearifan Yang di-Pertuan Agong.