SELAGI ada kudrat, penoreh getah di Sik, Kedah ini akan terus mengerah tulang empat kerat bagi memastikan perut setiap ahli keluarga terisi dengan setiap rezeki yang diterima.
Jauh di sudut hati, mereka sedar bahawa hasil yang diusahakan dengan berhempas-pulas setiap hari itu mungkin tidak setimpal dengan tenaga yang telah dicurahkan.
Jika cuaca baik, sebahagian mereka hanya mampu mendapat pendapatan kira-kira RM400 sahaja sebulan, dan keadaan menjadi lebih buruk ketika musim hujan terutama tengkujuh setiap tahun.
Namun mereka tiada pilihan selain perlu meneruskan rutin harian bermandi peluh sejak awal pagi demi sesuap nasi.
Mereka bukanlah tidak bersyukur, namun realitinya isu harga getah yang kini hanya RM2.20 sekilogram terus menghimpit golongan itu ke dalam lembah kemiskinan.
Niat di hati sememangnya mahu menyajikan keluarga dengan juadah yang enak setiap hari, namun apakan daya, rezeki yang ada kini mungkin hanya cukup untuk membeli beras sekampit sahaja.
Senang cerita, 'cukup-cukup makan' saja pendapatan mereka setiap hari.
Belum lagi mengambil kira faktor musim tengkujuh, hidup terus dalam kebuntuan mengenangkan apa rezeki yang mampu dibawa pulang untuk ahli keluarga.
Di sebalik kesusahan itu, golongan penoreh yang ditemui Astro AWANI ketika tinjauan isu rakyat sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, masih lagi mampu untuk tersenyum.
Berkongsi kisah, Abdul Khalid Abdul Rani menyifatkan pendapatan penoreh ketika ini tidak begitu berbaloi dengan kudrat dicurahkan, sedangkan keadaan ekonomi terus mencabar.
“Kalau musim tengkujuh memang pernah penoreh hanya boleh memotong tujuh hari sahaja dalam sebulan dan pendapat hanya mencecah RM210. Berbaloi atau tidak untuk nak tanggung makan minum sekeluarga?
“Paling banyak saya rasa pun dalam RM400 sebulan... inilah pendapatan yang paling tinggi penoreh kita boleh dapat (sebulan). Bayangkan penoreh yang warga emas macam mana kerana kemampuan mereka pun dah terhad,” katanya ketika ditemui Astro AWANI baru-baru ini.
Menurutnya, harga getah terus menjunam, sedangkan pendapatan yang diperoleh perlu dibahagi pula dengan pemilik kebun.
Bagi Zamri Ghazali yang sudah menoreh selama berbelas tahun, simpati daripada anak-anak terpaksa ditagih meskipun beliau sedar mereka juga mempunyai bebanan yang perlu ditanggung.
“Bukan semua penoreh ada pokok sendiri. Maknanya kalau dapat kita memang perlu bahagikan untung kepada tuan tanah, jadi berapa sahaja yang kami dapat dari hasil menoreh?
“Cukup tak cukup (pendapatan) kita terpaksa hadaplah, nak buat macam mana lagi… kadang-kadang memang ada anak-anak bantu tetapi mereka pun ada tanggungan sendiri nak bayar macam-macam,” katanya.
Tersepit dalam kesusahan, ada kalanya mereka terpaksa mengambil upah membuat kerja sampingan untuk menampung kehidupan walaupun ada harinya mereka tewas.
Mereka tiada pilihan, usaha tenaga malah perlu digandakan kerana tidak mampu menatap wajah anak-anak yang setiap hari menanti di pintu rumah mengharapkan rezeki yang dibawa pulang.
Sementara itu, Fauzi Abdullah pula berpendapat, perlu ada campur tangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar penyelesaian yang tuntas dapat dibuat bagi mengatasi isu harga getah yang telah melarat sekian lama.
“Pendapatan yang penoreh dapat hanya mampu untuk nak beli beras, ikan... lauk-lauk lain mungkin tak mampu nak dibeli dengan cabaran ekonomi sekarang. Maka saya syorkan Perdana Menteri campur tangan untuk pastikan harga getah menjadi stabil,” luahnya.
Rata-rata mereka yang ditemui menzahirkan rasa rindu terhadap harga getah yang dahulunya mampu mencecah RM8 sekilogram.
Hakikatnya, penoreh getah akan terus terperangkap dalam kepompong kemiskinan sekiranya tiada usaha secara menyeluruh untuk membantu golongan ini.
Jika nasib golongan ini tidak dibela, adakah usaha untuk menokhtahkan miskin tegar yang diikrar oleh Perdana Menteri dapat direalisasikan?
Hilmi Malik
Fri Aug 04 2023
Jika cuaca baik, penoreh hanya mampu mendapat pendapatan kira-kira RM400 sahaja sebulan, dan keadaan menjadi lebih buruk ketika musim hujan terutama tengkujuh setiap tahun. - Gambar/ Astro AWANI
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menafikan dakwaan bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad memohon cerai.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.