BUKIT MERTAJAM: Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke rumah kenduri kahwin di Kampung Pelet, di sini mengubati duka pengantin lelaki yang kematian ibunya semalam.
Anwar dan isteri tiba di rumah pengantin pada 4.20 petang sebelum bertemu pasangan pengantin Mohd Farhan Mohd Mohd Noor, 29, dan Nurul Fateinul Ain Mazlan, 26.
Seterusnya Perdana Menteri dan isteri menjamu selera sebelum beramah mesra dengan tetamu yang hadir serta turut sempat meluangkan masa bergambar dengan pengantin serta ahli keluarga untuk kenang-kenangan.
Anwar dan Wan Azizah meluangkan masa di majlis kenduri kahwin itu kira-kira 20 minit dan tetamu yang hadir turut mengambil peluang bergambar dengan Perdana Menteri serta isteri.
Mohd Farhan yang ditemui berkata beliau langsung tidak menjangka akan kehadiran Perdana Menteri dan isteri ke majlis perkahwinannya hari ini malah turut terkejut apabila dimaklumkan mengenai kehadiran pemimpin nombor satu negara itu.
Mohd Farhan yang bekerja sendiri berkata beliau dimaklumkan kehadiran Anwar dan Wan Azizah ke majlisnya hari ini adalah atas jemputan daripada arwah ibunya Sabariah Darus, 54, yang merupakan kenalan lama kepada Perdana Menteri.
Katanya beliau percaya jika ibunya masih ada, pasti arwah yang paling gembira dengan kehadiran Anwar dan isteri ke majlis perkahwinannya hari ini kerana memang itu hajatnya yang mahu Perdana Menteri hadir di kenduri itu.
"Benda memang tidak dijangka langsung (kehadiran perdana menteri) kerana mak saya baru sahaja meninggal 6.40 pagi semalam kerana kegagalan buah pinggang...saya dan keluarga masih dalam keadaan sedih sebenarnya kerana kematian mak.
"Tapi dengan kehadiran Perdana Menteri tadi, saya dan semua gembira..ini sekurang-kurangnya dapat mengubat duka dengan kematian mak...perasan sekarang ini bercampuk aduk, lagipun saya tak jangka yang perdana menteri datang untuk raikan kami," katanya.
Beliau yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik mengucapkan ribuan terima kasih kepada perdana menteri dan isteri kerana hadir ke majlis perkahwinannya.
Majlis akad nikah Mohd Farhan dan Nurul Fateinul Ain berlangsung pada 29 April lepas di Kota Bahru, Kelantan dan ketika itu Sabariah turut tidak dapat menghadirinya kerana telah dimasukkan ke hospital ekoran mengalami masalah buah pinggang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023
![Kehadiran PM, isteri ubati duka pengantin kematian ibu Kehadiran PM, isteri ubati duka pengantin kematian ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683385542_AnwarIbrahimpasan.jpg)
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bergambar bersama pasangan pengantin Mohammad Farhan Mohd Nor dan Nurul Fatienul Ain Mazlan ketika menghadiri majlis kenduri kahwin pasangan itu di Kampung Pelet. - Foto BERNAMA
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Detik indah pengantin baharu bertukar kecoh susulan letupan kuat di Beirut Detik indah pengantin baharu bertukar kecoh susulan letupan kuat di Beirut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/51596691049_Lebanesebride.jpg)
Detik indah pengantin baharu bertukar kecoh susulan letupan kuat di Beirut
Kegembiraan itu bagaimanapun berubah sekelip mata apabila lokasi resepsi pasangan pengantin tersebut digegarkan dengan letupan kuat.
![Pelamin anganku musnah! 'Pengantin lelaki' rupa-rupanya... Pelamin anganku musnah! 'Pengantin lelaki' rupa-rupanya...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51591957015_Marriedcouple.jpg)
Pelamin anganku musnah! 'Pengantin lelaki' rupa-rupanya...
Identiti pengantin lelaki itu gagal disembunyikan selepas tetamu mula curiga dengan perwatakan dia yang didakwa mirip seorang wanita.
![Perunding perkahwinan hilang punca mata pencarian sepanjang PKP Perunding perkahwinan hilang punca mata pencarian sepanjang PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/71586350006_TBPERUNDINGKAWIN.jpg)
Perunding perkahwinan hilang punca mata pencarian sepanjang PKP
Tempoh yang sukar juga terpaksa ditempuh bagi perunding perkahwinan apabila punca rezeki mereka hilang, lebih malang mereka terpaksa menanggung kerugian ratusan ribu ringgit.
!['Pengantin' kongsi rezeki, agih sarapan di tepi jalan 'Pengantin' kongsi rezeki, agih sarapan di tepi jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/51463468870_DriasBridal.jpg)
'Pengantin' kongsi rezeki, agih sarapan di tepi jalan
Seorang pemilik perniagaan, Nor Hamidi Mohd nadzir sekadar mahu berkongsi rezeki selepas perniagaannya mencatatkan keuntungan.