Kehadiran lebih ramai murid Orang Asli ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi menunjukkan perkembangan positif dengan purata kehadiran sekitar 115 orang sehari berbanding 101 orang pada minggu pertama persekolahan.
Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gua Musang Muhammad Zahari Othman berkata peningkatan itu disebabkan pelbagai faktor termasuk kesedaran ibu bapa dan murid, selain keadaan cuaca dan usaha berterusan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
"Setakat ini peratus kehadiran pelajar adalah antara 55 hingga 58 peratus setiap hari dan ia adalah keadaan biasa seperti tahun-tahun sebelum ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Muhammad Zahari berkata peratusan tersebut memang lazim dialami sekolah berkenaan pada bulan Januari setiap tahun.
Beliau berkata kerjasama masih dijalankan semua pihak terutama pengurusan SK Tohoi dan JAKOA bagi memastikan pertambahan kehadiran pelajar.
BACA: Norieen, Miksudiar belum mulakan persekolahan mereka
BACA: Norieen, Miksudiar suarakan hasrat pindah ke SK Kuala Betis
Makin pulih
"Berdasarkan trend semasa ini kami yakin pertambahan murid ke sekolah akan meningkat dari semasa ke semasa. Kami dapati masyarakat Orang Asli juga secara beransur-ansur makin pulih daripada trauma insiden kehilangan murid Orang Asli Ogos lalu," kata Muhammad Zahari.
Beliau berkata jumlah kehadiran murid akan meningkat selepas Tahun Baharu Cina apabila kemarau bermula dan jalan tidak lagi becak untuk digunakan murid ke sekolah.
"Pelbagai program kaunseling akan terus dilaksanakan terutama kepada ketua masyarakat dan ibu bapa masyarakat Orang Asli di Pos Tohoi untuk membina semangat dan kekuatan bagi meneruskan pembelajaran anak masing-masing.
"Antara program itu termasuk khidmat mesra masyarakat Orang Asli bersama 37 pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada Jumaat dan Sabtu ini," katanya.
SK Tohoi mempunyai 189 murid dan kebanyakan mereka tinggal di Kampung Penad, Gawin, Simpor, Sedal, Dangdut, Halak, Rekom dan Jader, kira-kira 60 kilometer dari SK Tohoi.
Lari asrama
Ogos lepas, tujuh murid SK Tohoi bertindak melarikan diri daripada asrama kerana takut dikenakan hukuman oleh guru selepas mandi di sungai tanpa kebenaran.
Selepas hampir 50 hari hilang, Norieen dan Miksudiar ditemui masih hidup dalam keadaan kelaparan dan dehidrasi di tebing sungai dalam hutan di situ.
Selain Miksudiar dan Norieen, lima lagi kanak-kanak yang hilang ialah Ika Ayel (9 tahun), Sasa Sobrie (8), Haikal Yaakob (8), Linda Rosli (8) dan Juvina David (7), yang kesemuanya dari Kampung Gawin dan Kampung Penad.
Lebih memilukan, empat daripada kanak-kanak itu - Ika, Haikal, Linda dan Juvina ditemui mati, manakala Sasa hingga kini belum ditemui.
BACA: Kronologi: Misteri 7 pelajar Orang Asli hilang di Pos Tohoi, Gua Musang
Bernama
Fri Jan 15 2016
![Kehadiran murid Orang Asli SK Tohoi tunjuk perkembangan positif Kehadiran murid Orang Asli SK Tohoi tunjuk perkembangan positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/71452435568_SekKebTohoi.jpg)
Setakat ini peratus kehadiran pelajar di Sk Tohoi adalah antara 55 hingga 58 peratus setiap hari. - Gambar fail
![Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739359724_HarimauIpoh.jpg)
Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak
Perangkap harimau yang dipasang Perhilitan Perak di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini pada 21 Jan, tidak akan dibuka.
![Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703169039_TBGaza.jpg)
Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump
Tiada "sebarang kemungkinan" bagi Afrika Selatan untuk menarik balik kes yang difailkan pada Disember 2023 itu.
![Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739369242_AdelJumaaMenteri.jpg)
Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli
Menteri itu cedera dalam serangan selepas lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya.
AWANI Tonight 12 Feb 2025
AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
![Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen berhati-hati terhadap unjuran ekonomi semasa.
Consider This: Data Centres — What’s In It for Malaysia?
In the past couple of years, Malaysia has emerged as Southeast Asia’s leading investment destination for data centres. But amidst the buzz, concerns are mounting. Data centres are electricity and water guzzlers—straining national resources without necessarily delivering high-skilled jobs or significant economic value. So how do we ensure that these investments truly benefit the nation? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Dr Ong Kian Ming, Pro Vice-Chancellor for External Engagement at Taylor’s University. He previously served as Deputy International Trade and Industry Minister.
AWANI Tonight: Last Saturday of September is Malaysia's Cleanup Day
Malaysia will designate the last Saturday of every September as Malaysia Cleanup Day, with the Housing and Local Government Ministry leading the annual nationwide program approved by the Cabinet.
AWANI Tonight: Trump orders large-scale cuts in federal workforce
U.S. President Donald Trump has signed another executive order to reduce the federal workforce, directing agencies to work with top adviser Elon Musk and identify employees to be laid off
![Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus menurun malam ini Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus menurun malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738640785_PPS.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus menurun malam ini
Di Sabah, jumlah mangsa banjir terus berkurang kepada 206 orang daripada 55 keluarga setakat 8 malam.
![Nasib kanak-kanak cedera dipercayai dipukul ibu dapat perhatian Menteri Pendidikan Nasib kanak-kanak cedera dipercayai dipukul ibu dapat perhatian Menteri Pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739369754_SumbanganRahmah.jpg)
Nasib kanak-kanak cedera dipercayai dipukul ibu dapat perhatian Menteri Pendidikan
Fadhlina yang diwakili Pegawai Khasnya menyampaikan sumbangan termasuk bakul makanan Rahmah, peralatan sekolah dan wang tunai kepada kanak-kanak perempuan itu.
![Parlimen: Kegagalan mencukupkan kuorum menghina Dewan Parlimen: Kegagalan mencukupkan kuorum menghina Dewan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631509761_TBPARLIMEN.jpg)
Parlimen: Kegagalan mencukupkan kuorum menghina Dewan
Setiap ketua parti, gabungan dan Ahli Parlimen didesak supaya menjamin kehadiran sekurang-kurangnya 50 peratus Ahli Parlimen.
![Ketua parti diminta tentukan kehadiran dalam dewan - Speaker Ketua parti diminta tentukan kehadiran dalam dewan - Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627273430_DewanRakyatsidang.jpg)
Ketua parti diminta tentukan kehadiran dalam dewan - Speaker
Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Parlimen Jumaat lepas dan jumlah kehadiran dan masa persidangan masih dalam pertimbangan.
![Pengoperasian pejabat kerajaan mengikut fasa PPN mulai 26 Julai - KSN Pengoperasian pejabat kerajaan mengikut fasa PPN mulai 26 Julai - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71617015217_MohdZukiAli.jpg)
Pengoperasian pejabat kerajaan mengikut fasa PPN mulai 26 Julai - KSN
Ia selaras pengumuman Timbalan Perdana Menteri mengenai perubahan kadar peratusan kehadiran ke pejabat bagi sektor awam berdasarkan perkembangan positif kadar vaksinasi.
![Kerajaan perkemas sistem kehadiran penjawat awam Kerajaan perkemas sistem kehadiran penjawat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61611680741_MohdKhairulAdibAb.jpg)
Kerajaan perkemas sistem kehadiran penjawat awam
Kerajaan akan memperkemaskan sistem pemeriksaan kehadiran penjawat awam di pejabat kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berterusan berikutan pelaksanaan PKP.
![Rais tegur sikap ahli Dewan Negara 'hilang' selepas tekan 'butang' Rais tegur sikap ahli Dewan Negara 'hilang' selepas tekan 'butang'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81609131379_RaisYatim.jpg)
Rais tegur sikap ahli Dewan Negara 'hilang' selepas tekan 'butang'
Rais berkata kehadiran di Dewan Negara penting bukan hanya pada sesi perbahasan sahaja, tetapi juga pada sesi lain bagi membolehkan isu dan soal kepentingan rakyat dibincang dan dibela.
![Sambutan Krismas di Wilayah Persekutuan dibenarkan Sambutan Krismas di Wilayah Persekutuan dibenarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41608614820_TBSabahKrismas.jpg)
Sambutan Krismas di Wilayah Persekutuan dibenarkan
Kebenaran itu selaras SOP dan protokol sambutan perayaan yang dikeluarkan MKN bagi tempoh PKP Pemulihan dan PKP Bersyarat.
![Murid Orang Asli lalui pelbagai rintangan ke sekolah, kerajaan disaran naikkan wang saku Murid Orang Asli lalui pelbagai rintangan ke sekolah, kerajaan disaran naikkan wang saku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/81592991927_GotongRoyong.jpg)
Murid Orang Asli lalui pelbagai rintangan ke sekolah, kerajaan disaran naikkan wang saku
Kerajaan diminta mempertimbang cadangan untuk menaikkan kadar wang saku murid dan pelajar Orang Asli daripada RM2 kepada RM10 sehari bagi menggalakkan kehadiran mereka ke sekolah.
![Elak tak cukup kuorum, Khalid gesa PH lantik Ketua Backbenchers Elak tak cukup kuorum, Khalid gesa PH lantik Ketua Backbenchers](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/61531651598_DEWANRAKYAT.jpg)
Elak tak cukup kuorum, Khalid gesa PH lantik Ketua Backbenchers
Gesaan dikemukakan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad susulan berlaku kejadian tidak cukup kuorum dalam Dewan Rakyat semalam.
![Sidang Dewan Rakyat tertangguh, menteri, timbalan 'hilang' Sidang Dewan Rakyat tertangguh, menteri, timbalan 'hilang'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/51532416877_TBDEWAN.jpg)
Sidang Dewan Rakyat tertangguh, menteri, timbalan 'hilang'
Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB-Kapit) bangkit berdiri dan mempersoalkan kepada Yang Dipertua Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang mempengerusikan mesyuarat itu.
![Prestasi kehadiran lemah: PM tidak puas hati Prestasi kehadiran lemah: PM tidak puas hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41532334865_DEWANRAKYAT.jpg)
Prestasi kehadiran lemah: PM tidak puas hati
Perdana Menteri menegaskan, mereka yang gagal hadir ke Parlimen perlu mengemukakan alasan yang kukuh atas ketidakhadiran tersebut.