Kegigihan budak lelaki jual ulam undang simpati masyarakat

Madiha Abdullah
Oktober 20, 2015 16:28 MYT
Netizen harap pihak berwajib tampil bantu Hafiz dan keluarganya. - Facebook
Dalam usia yang masih mentah, seorang budak lelaki nyata sudah memiliki rasa tanggungjawab yang tinggi.
Beberapa page laman sosial Facebook berkongsi kisah budak lelaki di Ipoh, Perak ini. Dalam perkongsian tersebut, budak lelaki dengan nama Hafiz ini dilaporkan menjual ulam-ulaman di sekitar bandaraya Ipoh, hanya dengan berbasikal.

Mohon kongsi kisah adik ni. Membantu menyara keluarga dengan berbasikal menjual ulam-ulaman sekitar Ipoh. Biasa dilihat...

Posted by Oh! Media on

Mohon kongsi kisah adik ni..membantu menyara keluarga dgn berbasikal menjual ulam-ulaman sekitar Ipoh. biasa berniaga...

Posted by Video Viral on
Adakalanya, Hafiz dilihat berada di pasar-pasar malam untuk berniaga. Harga barang jualannya pula dikatakan jauh lebih murah daripada yang biasa didapati di pasaran.
Menerusi foto-foto yang dikongsi, usia Hafiz dianggarkan sekitar sembilan atau 10 tahun.
Maklumat yang diperolehi melalui Facebook menyatakan Hafiz sudah tidak bersekolah, sebaliknya bekerja untuk membantu menyara keluarga memandangkan ibu bapanya tidak punyai punca pendapatan.
Tidak dapat dipastikan mengapa ibu dan bapa Hafiz tidak bekerja.
Seorang pengguna Facebook dengan nama "Gold Mass" turut berkongsi cerita pertemuannya dengan Hafiz. Menurut Gold Mass, Hafiz mempunyai dua orang adik, dengan yang bongsu baru berusia setahun.
Rata-rata netizen kagum dengan sikap berdikari dan bertanggungjawab Hafiz. Dalam masa yang sama, ramai juga yang meminta agar pihak-pihak berwajib tampil ke hadapan untuk membantu Hafiz dan keluarganya.
#Facebook #Hafiz jual ulam #laman sosial #viral
;