Kegiatan ekonomi sepatutnya dimulakan di zon hijau - Kon Yeow

Astro Awani
Mei 5, 2020 22:50 MYT
Kegiatan ekonomi sepatutnya dimulakan dahulu di kawasan yang dikategorikan sebagai 'zon hijau', kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow
Kegiatan ekonomi sepatutnya dimulakan dahulu di kawasan yang dikategorikan sebagai 'zon hijau'.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata pendekatan ini yang dibincangkan terlebih dahulu dalam pertemuan antara Kerajaan Persekutuan bersama ketua-ketua negeri tempoh hari.
"Namun, kita boleh lihat pengumuman yang dibuat turut melibatkan zon-zon merah.
"Kenapa ia begitu? Saya bukan dalam posisi untuk memberi jawapan. Mungkin anda boleh tanya sendiri (Menteri Kanan Datuk Seri) Azmin Ali," kata beliau dalam sesi temu bual Consider This di Astro AWANI pada Selasa malam.
Menurut Kon Yeow, Kementerian Kesihatan telah membentangkan Program Pengurangan Risiko Daerah yang mengutamakan pemerkasaan komuniti setempat bagi menghalang penularan COVID-19 dalam mesyuarat tempoh hari.
"Memandangkan kegiatan ekonomi melibatkan pergerakan orang ramai, ia patut bermula di zon hijau yang lebih selamat. Namun, pengumuman dibuat melibatkan seluruh negara," katanya.
#Azmin Ali #Chow Kon Yeow #COVID-19 #pulau pinang #zon hijau
;