Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia hari ini mengesahkan penangkapan dua rakyat Malaysia di Bali kerana didakwa terbabit dalam pengedaran dadah.
Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, pihak berkuasa Indonesia telah memberi maklumat rasmi mengenai penangkapan kedua-dua rakyat Malaysia terbabityang berasal dari Selangor dan Negeri Sembilan.
"Kita mendapat maklumat rasmi yang mengesahkan bahawa dua rakyat Malaysia iaitu seorang pegawai sukan dan seorang penuntut universiti telah ditahan di Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali setelah pihak berkuasa Indonesia menemui dadah dalam bagasi milik salah seorang daripada mereka," katanya kepada Bernama di sini.
Katanya pihak kedutaan telah menghubungi keluarga mereka di Malaysia bagi memaklumkan mengenai kejadian itu.
Zahrain berkata mereka kini ditahan di balai Polis Daerah Bali untuk siasatan lanjut dan pihak kedutaan setakat ini masih belum menemui mereka.
Kedua-dua rakyat Malaysia itu ditahan pihak berkuasa Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali pada 20 Okt lalu setelah didapati membawa lebih 100 biji pelbagai dadah jenis sintetik dan lebih 70 gram ganja.
Ketua Kastam Ngurah Rai, Budi Harjanto berkata, kedua-dua lelaki rakyat Malaysia berumur 36 dan 22 tahun itu memasuki Bali dengan menaiki pesawat dari Kuala Lumpur. Mereka ditahan ketika melalui bahagian pemeriksaan bagasi di lapangan terbang di Bali.
Beliau berkata, melalui pemeriksaan badan, pihaknya turut menemui beberapa potongan pokok ganja yang disembunyikan dalam sarung kaki salah seorang daripada mereka.
Budi berkata, siasatan awal mendapati mereka membawa dadah itu bagi tujuan pengedaran di sebuah pusat hiburan di Bali.
Katanya, kedua-dua rakyat Malaysia itu ditahan di bawah Pasal 133 Undang-undang Dadah 2009 yang membawa hukuman minimum lima tahun penjara dan denda Rp 1 miliar (RM300,000) jika disabit kesalahan. -- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2016
Kedua-dua rakyat Malaysia itu ditahan pihak berkuasa Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali petang semalam setelah didapati membawa lebih 100 biji pelbagai dadah. - Foto AFP / SONNY TUMBELAKA
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Siasatan kerugian pelaburan diguna tambah baik tatakelola
Dapatan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
Pengamal media bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
Prabowo mahu Bali jadi 'New Hong Kong' atau 'New Singapore'
Prabowo Subianto berhasrat menjadikan Bali sebagai "Singapura Baharu" atau "Hong Kong Baharu".
Warga China dalam senarai paling dikehendaki Interpol ditangkap di Bali
Agensi imigresen Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali menahan seorang warga China dalam Senarai Paling Dikehendaki Interpol.
Lapangan Terbang Bali dilengkapi tiga pengimbas terma untuk cegah MPOX
Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai di Bali kini melaksanakan saringan suhu bagi setiap ketibaan antarabangsa sebagai sebahagian daripada langkah biosekuriti yang dipertingkatkan.
103 warga asing ditahan di Bali disyaki salah guna permit izin tinggal
Operasi oleh Direktorat Pengawasan dan Penguatkuasaan Imigresen itu membawa kepada penahanan individu, termasuk 14 warga Taiwan.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
TPM Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia di Bali
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia kali ke-10 di Bali dari 18 hingga 21 Mei atas jemputan Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Rizky Febian, Mahalini kahwin 5 Mei ini
Berita majlis perkahwinan anak pelawak Sule itu dengan Mahalini mula menjadi perbualan selepas dia berkongsi animasi latar biru seperti background foto buku nikah.
Wanita dipenjara 26 tahun bunuh ibu kandung
Heather Mack juga dituduh bersubahat menyorok mayat ibunya itu di dalam beg pakaian.
Kemarau, kebakaran hutan: Bali isytihar darurat selama dua minggu
Bali mengisytiharkan darurat selama dua minggu susulan kebakaran hutan tanah gambut dan kemarau melanda pulau itu.
Bali bakal kenakan bayaran masuk AS$10 kepada pelancong asing
Pelawat asing yang mengunjungi Bali bakal dikenakan yuran kemasukan sebanyak AS$10 seorang mulai tahun depan, menurut pejabat pelancongan pulau itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) ).