KUALA LUMPUR: Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur mengesahkan kedutaan itu telah mengeluarkan amaran kepada warganegaranya di Malaysia mengenai kemungkinan ancaman pengganas di Asia Tenggara.
Menurut laporan media, Kementerian Luar Jepun telah menasihatkan semua rakyatnya di Indonesia, Filipina, Singapura, Malaysia, Thailand dan Myanmar untuk mengelak berada berdekatan dengan kemudahan keagamaan dan kawasan-kawasan sesak lain.
Seorang pegawai dari kedutaan ketika dihubungi Bernama berkata nasihat itu dikeluarkan pagi ini kepada semua warga Jepun yang berada di Malaysia.
"Kami mengeluarkan nasihat tersebut selepas menerima arahan dari Tokyo," katanya tanpa memperincikan lebih lanjut mengenai hal itu.
Pegawai itu berkata buat masa ini terdapat kira-kira 31,000 warga Jepun tinggal di Malaysia.
Amaran itu memetik laporan perisikan dan kemungkinan terdapat serangan ke atas rumah ibadat dan tempat perhimpunan besar-besaran di rantau ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 13 2021
Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur mengesahkan kedutaan itu telah mengeluarkan amaran kepada warganegaranya di Malaysia mengenai kemungkinan ancaman pengganas di Asia Tenggara.
Saksi utama pendakwaan boleh dipercayai, beri keterangan konsisten terhadap Najib - DPP
Saksi terbabit mengesahkan bahawa mereka telah bertindak atas kepercayaan bahawa arahan kepada mereka datang terus daripada Najib.
Usaha pencarian di Sungai Padang Terap dihentikan
Difahamkan operasi pencarian jasad Sabari Sungai Padang Terap dihentikan jam enam petang hari ini.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Perkasa tatakelola institusi infak, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Mohd Naim berkata, sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat.
Agenda AWANI: Iran serang Israel: Apa selepas ini ?
Israel punca kepada konflik yang semakin memuncak di Asia Barat ketika ini? Serangan Iran ke atas Israel adalah tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh serta pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah? Diskusi bermula 8.30 malam
Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO bermula 1 Jan 2025
Langkah mewajibkan caruman SKSPS terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Jan tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.
MALBATT di selatan Lubnan selamat
MALBATT 850-11 di Selatan Lubnan, berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan aset.
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
JAIS tangkap 108 individu disyaki terlibat GISB
Siri tangkapan dijangka berterusan melibatkan suspek-suspek yang disyaki dan telah dikenalpasti berdasarkan risikan, aduan serta maklumat yang diterima oleh Jais.
Tiada usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri
Tan Sri Johari Abdul mengesahkan pihaknya belum menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Gaji tertunggak tidak boleh diterima sama sekali
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa organisasi media yang menghadapi isu tunggakan gaji petugas supaya segera menyelesaikan bayaran.
Phone scam: Tujuh lelaki warga Jepun ditahan
Polis menahan tujuh lelaki warga Jepun kerana disyaki terbabit dengan sindiket penipuan panggilan telefon atau phone scam dalam serbuan terhadap sebuah kediaman di ibu negara, Isnin lepas (13 Nov).
Permohonan biasiswa Jepun MEXT 2022 dibuka untuk pelajar Malaysia
Permohonan biasiswa Jepun (Monbukagakusho: MEXT) 2022 untuk Program Pemimpin Muda (YLP) kini dibuka sehingga 3 Dis bagi rakyat Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian peringkat sarjana di Jepun.
PDRM jamin keselamatan negara terkawal
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengesan atau menerima sebarang maklumat mengenai ancaman keselamatan terhadap mana-mana rumah ibadat dan kawasan tumpuan ramai di negara ini.
Jepun tidak perlu alasan ikhlas untuk larang Anwar
Setiap negara berhak melarang sesiapa sahaja daripada memasuki negara itu dan tidak terikat untuk memberi penjelasan bagi keputusannya.
Imigresen tunggu maklumat lelaki Jepun yang ditemui mati dari polis
Jabatan Imigresen sedang menunggu maklumat lanjut tentang lelaki warga Jepun yang ditemui mati dalam lokap, dari polis.