Kedutaan Besar Indonesia di sini bersedia bekerjasama dengan kerajaan Malaysia bagi memudahkan pendaftaran pekerja negara itu yang bekerja secara tidak sah di negara ini.
Duta Besar Indonesia ke Malaysia Herman Prayitno berkata pihaknya mahu membantu Malaysia melaksanakan program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin, susulan tindakan kerajaan negara ini menangguhkan pengambilan pekerja asing.
"Sekarang ini, masih ramai pekerja Indonesia bekerja secara haram di Malaysia jadi, sementara pengambilan pekerja asing ditangguhkan, saya kira pekerja Indonesia yang bekerja secara tidak sah di sini boleh diambil semula.
"Buat kita, tidak ada masalah tetapi kita tunggu perkembangannya...saya kira ia adalah positif," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis menandatangi memorandum persefahaman mengenai program Bernama Radio24 'Kabar Merah Putih' di Wisma Bernama di sini, hari ini.
BACA: 271 PATI berjaya didaftarkan dalam program penggajian semula
BACA: Permohonan Program Penggajian dan Penempatan PATI dibuka 15 Februari
Katanya kedutaan itu bersedia mengeluarkan dokumen seperti pasport kepada pekerja Indonesia yang bekerja secara tidak sah di sini bagi membolehkan mereka didaftarkan menerusi program itu, dengan syarat mereka mempunyai majikan.
Mengulas lanjut mengenai langkah Malaysia menangguhkan pengambilan pekerja asing, Herman berkata pihaknya melihatnya sebagai langkah positif dan ia haruslah dimanfaatkan Malaysia untuk menyelesaikan isu pekerja tidak sah di negara ini.
Tangguh pengambilan
Jumaat lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan menangguhkan pengambilan pekerja asing sehingga berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja oleh pihak industri.
Selain itu, Kementerian Dalam Negeri melaksanakan program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) mulai Isnin lepas bagi mengenal pasti jumlah PATI yang berada di negara ini dengan tepat.
Terdahulu, Herman menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Bernama Radio24 dan Kedutaan Besar Indonesia Kuala Lumpur berhubung penerbitan program radio 'Kabar Merah Putih' bagi musim ketiga.
Bernama
Mon Feb 22 2016
Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI bertujuan untuk mendaftar PATI yang bekerja secara haram di Malaysia di bawah majikan yang sah dengan melalui syarat-syarat yang ditetapkan. - Gambar fai
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Adakah program pemberian kad sementara PATI membantu?
Program pemberian E-Kad kepada PATI bermajikan, yang bakal menukar status mereka daripada pekerja haram kepada yang sah, dibuat sebagai langkah memenuhi keperluan sektor pekerjaan.
Kerjasama pemimpin, rakyat lancarkan tugas di Malaysia - Duta Besar Indonesia
Duta Besar Indonesia ke Malaysia Herman Prayitno berkata, berada di Malaysia dirasakan seperti berada di tanah air sendiri apabila ditanya pandangan beliau sepanjang bertugas di negara ini.
Hubungan dua hala Indonesia pada tahap paling cemerlang - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia pada masa ini berada pada tahap paling cemerlang dan luar biasa.
Kedutaan besar Indonesia sokong pengeluaran kad pekerja asing sementara
Kedutaan Besar Indonesia di sini menyambut baik usaha Jabatan Peguam Negara membenarkan kerajaan mengeluarkan Kad Pekerja Asing Sementara kepada pekerja asing tanpa izin (PATI) yang bermajikan.
Indonesia tunggu tiga minggu pertimbang bantuan negara jiran atasi jerebu - Duta
Indonesia akan mempertimbangkan menerima bantuan negara jiran sekiranya masalah jerebu berterusan sehingga tiga minggu lagi.
Matah Ati: Pahlawan Rubiyah kembali beraksi di Istana Budaya
Lakon tari Matah Ati yang mengangkat kisah benar pergelutan dan cinta dalam satu peperangan ketika jajahan Belanda di Jawa, bakal beraksi di Istana Budaya.
Jokowi puas hati, sifatkan lawatan ke Malaysia berjaya - Duta Indonesia
Presiden Indonesia Joko Widodo sangat berpuas hati dengan hasil lawatan negara yang pertama beliau ke Malaysia, menurut Duta Indonesia.
PEMILU: Lebih 40 peratus pemilih yang layak di KL keluar mengundi
Terdapat lebih daripada 420,000 warga Indonesia yang menetap di Malaysia mendaftar sebagai pemilih.
MH370: Indonesia yakin kemampuan Malaysia ketuai SAR
Selepas China dan Malaysia, penumpang dari kalangan warga Indonesia merupakan ketiga yang teramai menaiki pesawat MH370.