Kedutaan Argentina lancar kempen cari warga 'hilang' sejak 1976-1983
Bernama
Mei 19, 2021 05:12 MYT
Mei 19, 2021 05:12 MYT
KUALA LUMPUR: Kedutaan Argentina di Malaysia melancarkan kempen 'Right to Identity' bertujuan untuk mencari dan mengesan warga Argentina yang diculik serta dipisahkan dari ibu bapa kandung mereka semasa pemerintahan diktator di negara itu dari 1976 sehingga 1983.
Kedutaan dalam satu kenyataan berkata identiti mereka yang diculik dipalsukan atau diserahkan untuk dijadikan anak angkat dan semua maklumat ibu bapa kandung mereka dihapuskan.
"Sejak itu, persatuan nenek Plaza de Mayo dan keluarga kandung berusaha mencari cucu mereka. Selepas demokrasi pulih pada 1983, Argentina telah berusaha mengesan mereka menggunakan pelbagai saluran pertubuhan," kata kenyataan itu.
Sehingga kini, 130 cucu perempuan dan lelaki yang diculik atau dipisahkan berjaya dikesan manakala 350 lagi masih hilang.
Mereka yang dilahirkan antara 1974 dan 1983 di Argentina dan ragu-ragu mengenai asal-usul atau mempunyai maklumat mengenai mereka yang dilahirkan dalam tempoh itu boleh menghubungi Kedutaan Argentina di Malaysia (melalui e-mel: emsia @ mrecic .gov.ar/melalui talian: 0060-03-2144-1451/61).
Sebarang pertanyaan akan dirahsiakan.
-- BERNAMA
#Argentina
#hilang
#keluarga
#diktator
#Plaza de Mayo
#warga hilang
#Right to Identity
#warga Argentina
#culik
#identiti dipalsukan
#Anak angkat
#ibu bapa kandung
#persatuan nenek