Kedaulatan Rakyat jangan sampai merendahkan kemuliaan Raja-Raja
Astro Awani
Jun 7, 2018 21:07 MYT
Jun 7, 2018 21:07 MYT
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak menyinggung dan mencemarkan institusi Raja-Raja.
Anwar menyifatkan kedudukan institusi raja perlu diangkat dan diberi penghormatan kemuliaan sebagai satu institusi berlandaskan peraturan dan Perlembagaan Persekutuan.
"Saya tidak pertahankan keterlanjuran Raja-Raja yang zalim tetapi dalam sistem kita sekarang, negara kita merupakan negara hukum yang menyaksikan 'Kedaulatan Raja' ada, dan diimbangi dengan 'Kedaulatan Rakyat'.
"Tetapi tidak wajar kedaulatan rakyat itu sampai ke tahap merendahkan kemuliaan Raja-Raja," jelas Anwar ketika ditemu bual di dalam program AI yang bersiaran pada Khamis 8.15 malam di saluran 501 Astro AWANI.
#Anwar Ibrahim
#institusi Raja-Raja
#Kedaulatan Raja
#Kedaulatan Rakyat
#Parti Keadilan Rakyat
#Perlembagaan Persekutuan
#PKR