Kedai perabot musnah terbakar di Sungai Siput

Aida Aziz
Mac 23, 2023 10:30 MYT
Pasukan bomba membuat kerja memadam kebakaran menggunakan satu aliran 100 kaki satu pancutan dan satu 'hose reel'. - Foto JBPM
SUNGAI SIPUT: Sebuah kedai perabot dua tingkat musnah dalam kejadian kebakaran dekat kawasan perindustrian, di sini hari ini.
Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd Jamaluddin Mat Yusop berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.08 pagi.
Katanya lagi, kedai perabot kelas A berkeluasan 20x50 kaki persegi itu musnah terbakar sebanyak 40 peratus.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput dikejarkan ke lokasi dan mendapati kebakaran berlaku di bahagian bawah premis tersebut, bagaimanapun ia tidak membabitkan mangsa.
"Pasukan bomba membuat kerja memadam kebakaran menggunakan satu aliran 100 kaki satu pancutan dan satu 'hose reel' sehingga api berjaya padam sepenuhnya," katanya kepada pemberita pada Khamis.
#kedai perabot #kebakaran #JBPM #kawasan perindustrian
;