Kedai perabot berhampiran LDP musnah dijilat api

Astro Awani
Oktober 4, 2024 00:29 MYT
Setakat ini tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. Punca dan kerugian masih dalam siasatan. -Gambar X @hinatayeos
KUALA LUMPUR : Sebuah kedai perabot musnah hampir 100 peratus selepas dijilat api dalam kejadian di Jalan SS8/7, Petaling Jaya.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangor berkata, kejadian dipercayai berlaku pada jam 10.40 malam dan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.46 malam.
Katanya, lebih 40 pegawai dan anggota dari enam Balai Bomba dan penyelamat dikerah ke lokasi kejadian.
Bagaimanapun operasi berjaya terkawal pada jam 11.30 malam.
"Setakat ini tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. Punca dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.
#kedai perabot #kecemasan #BBP Selangor #dalam siasatan
;