Kedai pakaian musnah terbakar

Sinar Harian
April 9, 2024 17:32 MYT
Keadaan sebuah kedai pakaian yang terbakar di Jalan Kenanga. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Sebuah kedai pakaian musnah dalam kebakaran di Jalan Kenanga di sini pada Selasa.
Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba L Prakash berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 10.54 pagi.
"Seramai 24 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah, BBP Pudu, BBP Sentul dan BBP Sri Hartamas bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Prakash berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah kedai pakaian yang berada di tingkat 2.


"Ketangkasan serta kepantasan pasukan bomba berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran daripada merebak ke unit berdekatan.
"Kebakaran itu membabitkan kemusnahan 100 peratus. Tiada mangsa terlibat.
"Punca kebakaran masih dalam siasatan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur," ujarnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
#kedai pakaian terbakar #Bomba Kuala Lumpur #jalan kenanga #padam kebakaran
;