Kedai kacang putih popular di Buntong musnah terbakar

Abd Razak Mohd Ali
Januari 16, 2022 09:16 MYT
Anggota membuat pemadaman dengan menggunakan dua aliran hos 200 kaki dan tiga pancutan bersumberkan air pili bomba sehingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya. - Foto JBPM
IPOH: Sebuah kedai memproses dan menjual kacang putih yang popular di Kampung Kacang Putih, Buntong, dekat sini, musnah dalam kebakaran awal pagi ini.
Kebakaran turut melibatkan kemusnahan 30 peratus rumah dua tingkat bersebelahan, 40 peratus motosikal EX-5 dan lima peratus van Nissan.
Bagaimanapun, kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 1.08 pagi.
“Anggota membuat pemadaman dengan menggunakan dua aliran hos 200 kaki dan tiga pancutan bersumberkan air pili bomba sehingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini.
Kedai kacang putih popular di Buntong musnah terbakar
Menurut jurucakap itu, selain anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, operasi pemadaman turut dibantu anggota dari BBP Meru Raya, BBP Pasir Puteh dan Jentera Tangki Air BBP Simpang Pulai.
Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pasir Pinji, PBS Menglembu dan PBS Pekan Baru turut membantu operasi.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan Khairuddin Hussin tamat jam 4.15 pagi.
#kebakaran #kacang putih #Buntong
;