Kedai jahit musnah terbakar
Sinar Harian
Mac 22, 2022 12:58 MYT
Mac 22, 2022 12:58 MYT
KUALA LUMPUR: Sebuah kedai jahit musnah dalam kebakaran di rumah kedai di Jalan Medan Midah, Taman Midah di sini pada Selasa.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Selasa berkata, dalam kejadian sekitar jam 7 pagi itu, tiga buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak, BBP Hang Tuah serta BBP Pudu dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Kedai jahit yang terletak di tingkat satu bangunan dua tingkat tersebut musnah hampir 90 peratus dan kebakaran berkenaan tidak melibatkan sebarang mangsa.
“Anggota bomba melakukan pemadaman dengan memasuki premis termasuk dari luar bangunan.
"Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 7.24 pagi dari merebak ke bangunan bersebelahan dan deretan kedai berhampiran,” menurut kenyataan tersebut pada Selasa.
Menurut kenyataan tersebut, punca kebakaran masih dalam siasatan.
*Berita asal di Sinar Harian