Kedai gunting rambut belum dibuka, pelajar boleh ke sekolah berambut panjang
Harits Asyraf Hasnan
Januari 15, 2021 18:21 MYT
Januari 15, 2021 18:21 MYT
KUALA LUMPUR: Pelajar dibenar memasuki ke sekolah dengan berambut panjang ekoran perkhidmatan gunting rambut masih belum dibenarkan beroperasi.
Bagaimanapun, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebarang arahan baharu akan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas dua minggu.
Ismail Sabri memahami sebilangan ibu bapa tertanya-tanya bagaimana dengan keadaan rambut anak-anak khususnya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang tidak sempat dipotong kerana kedai tidak buka ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bahkan, sebilangan besar pula sedia maklum dengan peraturan bahawa setiap pelajar sekolah harus berambut pendek dan kemas.
"Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah buat membuat keputusan hasil perbincangan dengan sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), walaupun berambut panjang, pelajar dibenar ke sekolah tanpa tindakan guru kerana kedai gunting masih tidak dibenarkan beroperasi," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Kedai gunting rambut masih belum dibenarkan beroperasi
Beliau mengulas perkara itu susulan pertanyaan sesetengah pihak berkait perkhidmatan gunting rambut terutama melibatkan pelajar yang perlu memasuki ke sekolah.
#ismail sabri yaakob
#Majlis Keselamatan Negara
#operasi
#sekolah
#pelajar
#gunting rambut
#rambut panjang ke sekolah
#boleh rambut panjang ke sekolah
#SPM
#STPM