Kedai dobi layan diri meletup, wanita melecur 50 peratus

Astro Awani
April 10, 2018 06:06 MYT
Keadaan di dalam kedai dobi selepas letupan yang mencederakan seorang pelanggan. Foto Astro AWANI
Seorang wanita melecur 50 peratus sdalam insiden kebakaran di kedai dobi dan rumah kedai di Taman Jinjang Baru di sini, malam tadi.
Kejadian dilaporkan orang awam kira kira jam 8.05 malam.
3 buah jentera dan sebuah EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, Sentul, Hang Tuah dan Sri Hartamas dikejarkan ke lokasi kejadian.
Api dapat dikawal sekitar jam 8.22 malam.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPBM) Kuala Lumpur, Ruhisha Haris, wanita berusia 40 tahun itu cedera parah.
“Kita percaya daripada saksi berlaku letupan di kedai dobi sebanyak 3 kali.
“Kebetulan seorang mangsa wanita berusia 40-an berada di dalam kedai dobi dan cedera 50 peratus melecur," jelasnya.
Mangsa yang merupakan pelanggan kedai dobi tebabit dikejarkan ke ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.
Tiga lagi mangsa warga Indonesia yang tinggal di rumah berkenaan sempat menyelamatkan diri dengan terjun dari tingkap premis.
Siasatan awal forensik mendapati kebakaran itu memusnahkan 80 peratus kedua dua premis.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
#API #bomba #cedera #kebakaran #Kuala Lumpur #letupan #mangsa #melecur #wanita #warga asing
;