Kedai barang lusuh musnah dijilat api di George Town

Bernama
Julai 28, 2014 18:08 MYT
Punca dan kerugian dalam kebakaran tersebut masih dalam siasatan. - Foto BERNAMA
Sebuah kedai barangan lusuh musnah, manakala bengkel kereta yang terletak bersebelahan pula rosak teruk dalam kebakaran di Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim, di sini tengah hari ini.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, M. Vijayan berkata pihak bomba menerima panggilan pada 1.52 tengah hari dan tiba di tempat kejadian pada lapan minit kemudian.
Setiba di tempat kejadian, fokus 29 anggota serta pegawai bomba dengan tiga jentera dari Balai Bomba Jalan Perak dan Paya Terubong ialah mengawal kebakaran daripada merebak ke stesen minyak yang terletak kira-kira 15 meter dari premis terbabit, katanya kepada pemberita, di lokasi di sini.
Beliau berkata api dapat dikawal dalam masa 20 minit dan dipadamkan sepenuhnya pada 2.45 petang tadi.
Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.
#barangan lusuh #bengkel kereta #Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim #kebakaran #kedai
;