Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam

Bernama
Februari 3, 2025 07:40 MYT
Cuti Thaipusam diluluskan oleh kerajaan negeri Kedah bagi membolehkan penganut agama Hindu meraikannya. - Gambar fail/BERNAMA
ALOR SETAR: Kerajaan Kedah memutuskan pemberian cuti peristiwa pada 11 Februari ini bersempena sambutan Thaipusam.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Nadzman Mustaffa dalam surat rasminya kepada ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan semalam, menyatakan, cuti peristiwa tersebut adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).
Pada 22 Jan lepas, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberitahu, cuti tersebut diluluskan oleh kerajaan negeri bagi membolehkan penganut agama Hindu meraikannya.
-- BERNAMA
#Thaipusam #cuti peristiwa #Muhammad Sanusi Md Nor #Akta Hari Kelepasan Am 1951 #Kedah
;