Gara-gara kecewa kerana tidak terpilih untuk temu duga jabatan, seorang pemandu ambulans mengugut mahu membakar dirinya di dalam ambulans di Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, cubaan membunuh diri oleh pemandu berusia 43 tahun itu tidak kesampaian selepas berjaya dipujuk oleh isterinya sebelum diselamatkan oleh anggota polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, pemandu tersebut bertindak mengurungkan diri di dalam ambulans bersama sebuah tong minyak petrol kerana kecewa tidak terpilih untuk menghadiri temu duga itu.
"Maklumat awal mengenai insiden itu diperolehi daripada seorang kakitangan institut itu yang memberitahu terdapat seorang pemandu ambulans ISN mengurungkan diri dalam sebuah ambulans bersama sebuah tong minyak," katanya dalam kenyataan di sini.
Susulan maklumat itu, katanya, anggota polis dan bomba tiba di lokasi kejadian dan menemui pemandu tersebut yang mengugut untuk membakar diri.
"Usaha memujuknya berjaya dilakukan setelah isteri lelaki itu datang ke lokasi dan lelaki itu dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan perubatan," katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cubaan membunuh diri.
Bernama
Fri Apr 04 2014
ACP Mohan Singh Tara Singh
Dinamika politik dunia dengan kepulangan Donald Trump
Penganalisis Hubungan Antarabangsa, Zokhri Idris berkongsi pandangan mengenai dinamika politik dunia dengan kepulangan Donald Trump yang dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru.
KKR selesai 95.33% aduan kerosakan daripada aplikasi MYJalan
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menyelesaikan lebih 95 peratus aduan kerosakan jalan di bawah bidang kuasa kementerian itu yang dilaporkan dalam aplikasi MYJalan.
Bangunan Semarak20: Pengerusi, CEO Felcra Berhad diarah beri penjelasan kepada PAC
Ahmad Zahid akan mengarahkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, memberi penjelasan kepada PAC berhubung prestasi penjualan bangunan Komersial Semarak20.
PAC akan panggil Khazanah, PNB isu Fashion Valet, juga akan panggil NAFAS
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding berhubung kerugian pelaburan oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, PAC akan memanggil Khazanah dan PNB susulan kerugian pelaburan dana awam berjumlah 43.9 juta ringgit dalam isu tersebut.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, PAC akan memanggil Khazanah dan PNB susulan kerugian pelaburan dana awam berjumlah 43.9 juta ringgit dalam isu tersebut.
Anggota tentera ditahan bersama pelbagai dadah
Pemeriksaan menemukan dadah jenis methamphetamin seberat 6.75 gram, 31 pil berwarna putih disyaki nitrazepam (38.39 gram) dan pil yaba (1.49 gram).
Renjatan elektrik: Syarikat bas gagal audit ICOP
Syarikat bas eskpres yang terbabit dalam insiden renjatan elektrik sehingga meragut nyawa seorang remaja lelaki gagal dalam audit ICOP.
Op Favish: Vivy dibawa keluar dari bangunan SPRM, Fadza masih di dalam
Selepas dua jam, pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dilihat meninggalkan bangunan tersebut sekitar jam 4.05 petang.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Ultimate Print, Darphane kembangkan kepakaran percetakan keselamatan
Kerjasama ini dijangka memberi pelbagai faedah kepada ekonomi dan industri percetakan di Malaysia, termasuk kawalan sempadan dan pencegahan pemalsuan.
KPDN rampas 38,500 liter diesel disimpan di lokasi tidak berlesen
Syarikat itu disyaki memindahkan diesel dari lokasi berlesen ke lokasi tidak berlesen dan menyimpan jumlah diesel melebihi had yang dibenarkan dalam permit.
Jangkitan novel koronavirus di Jepun 96 orang
Enam kes baharu jangkitan novel koronavirus dilaporkan di atas kapal persiaran Diamond Princess, di pelabuhan Yokohama, Jepun pada Ahad.
Ambulans bawa wanita mengandung dirempuh SUV
Seorang wanita mengandung berhadapan detik cemas selepas ambulans yang mengejarnya ke Hospital Umum Sarawak terbalik, selepas dirempuh sebuah SUV di Kuching, pagi Selasa.