Kebocoran gas pyrogen di bilik penyimpanan data Mas Kargo KLIA

Bernama
Mei 17, 2014 08:43 MYT
MAS Kargo
Kebocoran gas Pyrogen dikesan berlaku di bilik penyimpanan data bangunan MAS Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Jumaat.
Timbalan Penguasa (Ketua Balai) Bomba dan Penyelamat KLIA Yahya Mohd Sham berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 4.17 petang.
"Sebaik menerima laporan dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian satu dari bomba KLIA dan sebuah lagi dari Airport Fire Rescue Service," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata semua petugas diarahkan mengosongkan bangunan bagi membolehkan kerja-kerja menyelamat dijalankan.
"Kerja-kerja pengalihan udara bagi mengeluarkan serbuk gas juga telah dibuat dan ia adalah tidak membahayakan," katanya.
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Gas Pyrogen digunakan untuk memadam api jika berlaku kebakaran.
#gas #kebocoran #MAS Kargo #Pyrogen
;