Kebocoran gas klorin berjaya dikawal di Kamunting
Bernama
November 29, 2014 12:14 MYT
November 29, 2014 12:14 MYT
Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh berjaya mengawal kebocoran gas klorin di sebuah kilang dekat Kamunting, Taiping hari ini.
Penolong Pegarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Hasrin Hasbi berkata pihaknya menerima aduan kejadian itu pada pukul 10.34 pagi tadi dan memengambil masa kira-kira lima jam untuk mengawal kebocoran gas tersebut dengan menutup saluran paip yang bocor.
"Namun kebocoran hanya melibatkan satu tabung berkapasiti 930 kilogram. Anggota kita telah mengeluarkan kesemua 71 pekerja di dalam kilang,"katanya.
Beliau berkata Hazmat turut mengasingkan 20 tabung bagi memastikan tidak berlaku kebocoran.