Kebocoran data peribadi: PDRM sahkan terima laporan
Astro Awani
September 28, 2021 18:25 MYT
September 28, 2021 18:25 MYT
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan telah terima satu laporan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung dakwaan berlaku kebocoran data peribadi dalam data kerajaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata laporan dibuat Timbalan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya semalam.
Siasatan dilakukan polis di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.
Siasatan itu bagi menyiasat sama ada berlaku atau tidak pengodaman sistem JPN atau sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
"Kita akan jalankan siasatan dan kita nak sahkan di mana kebocoran itu berlaku," kata Mohd Kamaruddin.
Sebelum ini tular dakwaan di media sosial mengenai data peribadi jutaan rakyat Malaysia berusia antara 23 dan 43 tahun yang berada dalam di JPN dijual secara dalam talian.
#polis
#PDRM
#media sosial
#dalam talian
#Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
#LHDN
#Jabatan Pendaftaran Negara