Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti dua lagi alamat Protokol Internet (IP) masing-masing di Belanda dan Hong Kong dalam usahanya mencari punca kebocoran data peribadi 46.2 juta pelanggan nombor telefon mudah alih di negara ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Penemuan terbaharu ini menjadikan jumlah alamat IP yang terlibat dalam kes ini sebanyak tiga, dengan yang pertama dikenal pasti di Oman pada bulan lepas.
"Sekarang polis sedang berusaha lengkapkan siasatan dan mengalami kesukaran untuk kesan e-mel (pemilik)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Kejohanan Tenis dan Silat Piala Ketua Polis Negara 2017 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
IP adalah urutan nombor unik yang diperuntukan bagi setiap peranti yang disambungkan kepada rangkaian komputer. Alamat IP ini merupakan kod identiti dan ia membolehkan komputer menerima dan menghantar data melalui rangkaian komunikasi.
Ditanya adakah polis akan meminta bantuan pihak berkuasa negara lain, beliau berkata buat masa ini ianya tidak perlu.
"Buat masa ini siasatan sedang dilakukan bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)," katanya.
Pada 1 Nov lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dilaporkan berkata pihaknya telah mengenal pasti sumber yang mungkin menjadi punca kebocoran data peribadi 46.2 juta pelanggan nombor telefon mudah alih di negara ini.
BACA: 46 juta data peribadi bocor: Polis kenal pasti sumber
Salleh berkata siasatan sedang dilakukan MCMC dengan kerjasama polis agar tindakan segera dapat diambil untuk menyelesaikan isu itu.
Pada awal Nov, laman Lowyat.net menyiarkan artikel berhubung kecurian data berkaitan maklumat peribadi besar-besaran untuk dijual, melibatkan 50 juta data daripada syarikat telekomunikasi dan 17 juta data daripada laman mencari kerja.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2017
Selain Oman, PDRM telah mengenal pasti dua lagi alamat Protokol Internet (IP) masing-masing di Belanda dan Hong Kong.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Keselamatan digital: Kerajaan belum berhasrat bina aplikasi khusus - Fahmi Fadzil
Fahmi berkata, terdapat sejumlah aplikasi dalam pasaran yang boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh para pengguna dalam negara ketika ini.
Agensi privasi Belanda denda Uber AS$324 juta pindah data peribadi pemandu ke AS
Uber telah memindahkan data peribadi pemandu teksi Eropah ke AS dan gagal melindungi data dengan sewajarnya.
Semua pengguna Google akan layak menerima laporan web gelap
Laporan web gelap Google ini menyemak nama, alamat, nombor telefon dan emel pengguna yang mungkin telah tertiris.
PADU: Bimbang data digodam
Orang ramai mengakui kurang jelas dan tidak diberikan pendedahan sepenuhnya mengenai keperluan untuk berbuat demikian.
Malaysia mulakan transformasi untuk tingkatkan tadbir urus data - Gobind
Malaysia telah memulakan transformasi untuk menambah baik tadbir urus data melalui penilaian semula Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Kerisauan terhadap PADU wajar - Khairil Nizam
kerisauan ini wajar kerana PADU mendapat akses data daripada 445 institusi sektor awam seluruh negara.
Rakyat Malaysia boleh guna PADU tanpa was-was - Fahmi
Rakyat Malaysia boleh menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) tanpa ragu-ragu atau risau terhadap tahap keselamatan data peribadi mereka.
'Saya lahir, dibesarkan di sini' - Pempengaruh, Dd Chronicles
Dd Chronicles mengulas berkaitan isu dakwaan fitnah berkaitan kad pengenalan dan data peribadinya yang dimanipulasi pihak tertentu.
Wanita warga asing antara sembilan ditahan terlibat sindiket keldai akaun bank
Amihizam berkata kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 22 hingga 50 tahun itu ditahan menerusi serbuan di sebuah premis di Lembah Klang, Rabu lepas.
Akta Perlindungan Data Peribadi perlu dipinda, elak data diguna untuk penipuan - Fahmi
Perkara itu penting kerana kebanyakan insiden penipuan berlaku setelah maklumat peribadi mangsa dicuri.